Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Single Fahimi Rahmat dan Athalia, Rief Daniel, Da Know, Yovie & His Friends - Lagu Cinta Penuh Variasi

Fahimi Rahmat dan Athalia muncul dengan single berjudul ‘Sungguh Kamu Aku Rindu’, Rief Daniel (‘Takkan Mudah’) , Da Unknown (‘Cinta Hati’) dan Yovie & His Friends (‘Menyesal’).

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2023 6:08PM

Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya (kiri), dan Rief Daniel (kanan) - Gambar ihsan syarikat rakaman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri muzik tidak pernah ketandusan lagu-lagu terbaharu di pasaran sama ada daripada penyanyi sedia ada, yang sudah established mahu pun penyanyi baharu.

Lagu-lagu yang terdiri daripada pelbagai genre dengan ciptaan yang lebih segar dan unik menjadi pilihan pendengar di senarai lagu mereka.

Antaranya, single duet baharu daripada kolaborasi kali pertama dua anak muda Fahimi Rahmat dan Athalia berjudul ‘Sungguh Kamu Aku Rindu’ (SKAR) dilancarkan 3 Mac lalu.

Single ‘SKAR’ ini adalah hasil ciptaan sepenuhnya Fahimi Rahmat dengan kerjasama komposer Mike Chan dan diterbitkan oleh dua label muzik terkenal, Universal Music dan Faithful Music.

Fahimi Rahmat dan Athalia
Fahimi Rahmat dan Athalia

Menurut Fahimi, ‘SKAR’ sudah dihasilkan sejak dua tahun lalu selepas melalui satu peristiwa yang masih berbekas dalam hidupnya.

“Lagu ‘SKAR’ ini memberi peringatan kepada kita untuk sentiasa menghargai orang yang kita rapat sebab kita tak tahu bila dia akan pergi dalam hidup kita. Jadi hargailah setiap insan yang berada disekeliling.

“Sebenarnya lagu ini sudah dihasilkan dua tahun lalu tapi saya simpan sekejap kerana menunggu waktu yang terbaik untuk dilancarkan. Alhamdulillah tahun ini adalah waktu terbaik.

“Jujurnya, saya tulis lagu ini disebabkan satu peristiwa yang cukup memberi kesan mendalam dalam hidup saya ketika itu. Bermula dari situ, saya ‘bangunkan’ lagu ini mengikut kisah yang saya lalui,” katanya.

Menurut Fahimi, proses rakaman ‘SKAR’ tidak mengambil waktu yang lama untuk disiapkan memandangkan Athalia adalah figura yang tepat.

Selain daripada itu,  Rief Daniel yang pernah melancarkan tiga single sebelum ini muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul, ‘Takkan Mudah’.

Rief Daniel
Rief Daniel

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King itu sudah dilancarkan secara rasmi sejak 13 Januari lalu di bawah terbitan Universal Music Malaysia.

Pemilik nama sebenar Arief Daniel Zayad, 26,  ini berkata, ‘Takkan Mudah’ adalah karya yang cukup istimewa dan takkan mudah dilupakan kerana ia dihasilkan khas buat dirinya.

“Lagu ini mempunyai ‘vibe’ yang tersendiri. Memang banyak cabaran dan liku yang kami hadapi untuk menghasilkan karya emas ini. Alhamdulillah, dengan kebijaksanaan dan pertolongan mereka, lagu ini dapat dihasilkan dengan baik.

“‘Takkan Mudah’ mengisahkan mengenai seorang lelaki yang tidak dapat melupakan perempuan yang dia cintai. 

“Perempuan dan lelaki itu tidak lagi bersama kerana perempuan itu sudah pun meninggalkan lelaki itu. Tetapi lelaki ini berharap dan juga pasti bahawa perempuan itu akan kembali ke dalam hidupnya lagi,” katanya.

Sementara itu, ‘boy band’ Da Unknown  yang pernah mencipta trending dengan lagu rancak ‘Jangan Marah’ (Baby Sayang) dengan mengutip jumlah tontonan lebih dua juta dalam YouTube, kembali mempertaruhkan single terkini berjudul ‘Cinta Hati’.

Da Known
Da Known

Menurut kumpulan yang dianggotai Muhammad Shazrul Affandy, Izmeer Ibrahim, Ameer Nor Azam dan Awangku Zaq Amirul ini, single tersebut merupakan buah tangan ketiga.

Lagu yang dicipta sepenuhnya oleh Shazrul atau mesra disapa Momo berkenaan didefinisikan sebagai sebuah karya yang ‘sweet and sexy’ (manis dan seksi).

Jelas Momo, konsep tersebut selari dengan kisah yang diangkat dalam ‘Cinta Hati’ iaitu berkisar seorang lelaki yang jatuh hati kepada wanita diminatinya dalam diam.

“Pada awalnya, saya tiada idea buat lagu ini. Selepas mendengar lagu Indonesia dan Korea Selatan, saya terdetik nak mencabar diri hasilkan lagu yang ada elemen baharu dan tidak pernah diterokai.

“Selepas dua jam mengerah idea, Alhamdulillah saya berjaya siapkan 'Cinta Hati' yang menjadi lagu paling cepat dihasilkan sepanjang umur hidup,” katanya.

Menurut Momo, dia mengambil masa hanya dalam dua jam selepas mendengar dua buah lagu Indonesia dan Korea Selatan.

Lagu  ‘Menyesal’ yang merupakan kolaborasi istimewa Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya merupakan salah satu karya muzik terbaik di tahun ini.

Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya
Yovie Widianto bersama Lyodra, Tiara Andini, dan Ziva Magnolya

‘Menyesal’ merupakan single perdana sekali gus pertama dari rangkaian single dalam projek terbaru album Yovie & His Friends yang dilancarkan bawah label Universal Music Indonesia.

Single ‘Menyesal’ merupakan lagu cinta bergenre pop balada dengan nuansa megah yang bercerita tentang pilunya sebuah penyesalan dan sulitnya merelakan seseorang pergi melalui lantunan piano dengan iringan strings section yang merdu dan menambah syahdu. 

Kesemua karya terbaharu boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music manakala muzik videonya pula boleh ditonton di siaran YouTube Universal Music Malaysia. – Getaran, 4 April  2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 10 bulan yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Kaleidoskop Sebuah Poligami Dan Cinta Tidak Kesampaian – Kisah Kahwin Syamsul Yusof Dan Lagu Poligami 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Menelaah Cinta Dalam Lagu Terbaru MonoloQue!

4

TARA 1 tahun yang lalu

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Mengimbau Nostalgia Zaman Bercinta

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Budaya 12 jam yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 4 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 16 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar