Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Mengimbau Nostalgia Zaman Bercinta

Konsert yang berlangsung selama dua malam di Istana Budaya ini nyata membawa para peminat kumpulan U.K’s kembali ke era 90-an dan sekali gus mengimbau nostalgia.

TARA Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2022 5:05PM

Gambar ihsan penganjur Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila penulis tahu tentang perkhabaran bahawa kumpulan U.K’s yang begitu popular pada tahun 90-an bakal mengadakan konsert reunion selepas 25 tahun, tentunya penulis sangat teruja.

Lagu-lagu dendangan kumpulan U.K’s sering penulis dengari sewaktu membesar dahulu. U.K’s bukan punya satu atau dua lagu hit, tetapi berderet.

Kebanyakan lagu-lagu U.K’s menjadi siulan anak-anak muda pada ketika itu dan menjadi lagu wajib saat berkaraoke bersama teman-teman.

Di dalam fikiran penulis, pasti panggung Istana Budaya akan bergema dengan suara peminat-peminat U.K’s yang sekian lama menanti untuk menonton konsert berskala besar dari mereka.

Ternyata benar bagai diduga, konsert pada malam 17 Jun yang lalu menjadi tempat para peminat melepaskan rindu dan dibuai dengan rangkaian lagu-lagu indah.

Konsert dibuka dengan lagu U.K’s yang paling penulis gemari iaitu ‘Kau Satu Satunya’. Terasa sebak di dada mendengar suara lemak merdu Amir mendendangkan bait-bait lirik lagu ini yang begitu universal. 

Suara Amir kedengaran masih sama, biarpun tidak memiliki energi persis zaman mudanya. Namun itu tidak menjadi penghalang untuk Amir terus menghiburkan ribuan peminatnya yang hadir. 

Transisi setiap lagu ibarat membawa penonton kembali membuai nostalgia di zaman 90-an. Setiap yang mendengar pasti teringat kenangan lalu, kerana lagu-lagu U.K’s begitu dekat dengan masyarakat dan realiti kehidupan terutamanya buat mereka yang bercinta. 

Antara lagu-lagu popular U.K’s yang didendang malam itu adalah ‘Bila Diri Disayangi’, ‘Kekasihku Di Menara’, ‘Seksa’, ‘Pahit Akan Manis Akhirnya’, ‘Siapa Yang Rampas Cintaku’, ‘Rondo Cinta Buta’, ‘Kekasihku’, ‘Rhythm Si Jantung Hati’ dan tentunya lagu ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’.

Penganjur mengambil satu pendekatan bijak, apabila memaparkan dokumentari mini perjalanan kumpulan U.K’s sebagai selingan di pertengahan konsert. Dapat juga generasi Z yang hadir mempelajari sejarah kejayaan kumpulan ini.

Rasanya ramai yang tahu kebanyakkan lagu U.K’s dicipta oleh komposer terkenal, Saari Amri. Pada malam konsert itu juga, U.K’s memberikan penghormatan kepada Saari dengan menjemputnya untuk berduet bersama Amir menerusi lagu ‘Kita Sama Sahaja’. 

Kemantapan vokal Amir lebih terserlah sewaktu menyampaikan lagu medley ‘Satu Lilin Sehening Malam’, ‘Sudah Tiada Tunasnya’ dan ‘Kita Akan Dijemput’ dalam satu segmen khas yang menyentuh perasaan. 

Pujian harus diberikan untuk susunan muzik konsert ini. Kedengaran sangat menyegarkan dan kena dengan mood konsert malam itu.

Ternyata pemuzik-pemuzik sejati U.K’s seperti Denil (pemain gitar), Olley (pemain bass), Amirul (pemain dram) dan pemain gitar undangan Mus Satira masih berbisa.

Kesemua mereka bersatu dengan paduan suara Amir menjadikan persembahan pada malam itu sukar untuk dilupakan. 

Untuk menyampaikan 25 buah lagu dalam satu konsert yang berlangsung selama dua hari berturut-turut bukannya sesuatu yang mudah terutamanya buat mereka yang sudah bergelar ‘otai’.

Namun U.K’s berjaya memberikan persembahan yang baik dan mampu membuatkan para peminat mereka tersenyum.

Amir sewaktu ditemui di sidang media sejurus tamat konsert berkata dia sungguh terharu kerana selepas 25 tahun, mereka berjaya menghasilkan sebuah konsert untuk para peminat. 

“Malam ini adalah malam yang benar-benar menguji kemampuan saya dan juga U.K’s, maklumlah masing-masing sudah berusia 50-an,” katanya sambil ketawa. 

Kata Amir lagi, mereka sudah membuat sesi latihan untuk konsert ini sejak Disember tahun lalu.

“Sejak diberitahu kami akan mengadakan konsert di Istana Budaya, kami sering berlatih dari hari ke hari kerana sudah lama kami tidak berlatih bersama. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dengan kehadiran sifu kami iaitu Saari Amri,” kongsinya. 

Ditanya tentang sambutan peminat yang hadir pada malam itu, Amir berkata dia sungguh terharu sehingga sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. 

“Saya sebenarnya hilang kata-kata, kerana melihat ramai peminat yang masih menghafal lagu-lagu U.K’s. Saya rasa lirik lagu-lagu U.K’s melekat di hati para peminat kerana mereka membesar bersama lagu-lagu kami.

“Saya pun tak sangka lagu-lagu kami yang ditulis oleh Saari Amri boleh melekat di hati peminat sampai bila-bila,” ujarnya. 

Pada malam itu juga, Amir mendedahkan bahawa U.K’s mempunyai perancangan untuk mengadakan konsert di luar negara seperti Indonesia dan Singapura. 

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dengan Konsert Reunion U.K’s 25 Tahun. – Getaran, 26 Jun 2022

Isu Pada

Adibah Noor - Perginya Seorang Penghibur Yang Terlalu Istimewa

25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 hari yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

2

Muzik 6 hari yang lalu

D’ Masiv Angkat Tema Jelajah Dunia, Malaysia Jadi Lokasi Konsert 20AD To The World Pertama 

3

Selebriti 1 minggu yang lalu

Darah Berjujuran, Kamal Adli Diserang Individu Tak Dikenali di Singapura!

4

Selebriti 1 minggu yang lalu

Peminat Menangis Sangka Ella Berhenti Bernyanyi, Tampil Dengan Konsert Rai 35 Tahun!

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa