web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Komposer Saari Amri Tidak Sangka Lagunya Viral Di TikTok

Pelbagai versi lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar (Buih Jadi Permaidani)’ yang dipopularkan Exist dan ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’ (U.K’s) dapat didengar di TikTok.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2022 2:03PM

Saari Amri (kiri) dan kumpulan U.K's (kanan). Gambar Fail

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun zaman berganti zaman, namun karya ciptaan Saari Amri sehingga kini masih lagi terus disukai sehingga menarik minat generasi muda hari ini. 

Buktinya, pelbagai versi lagu Saari Amri yang dapat didengar menerusi platform TikTok, terutamanya lagu ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ (Buih Jadi Permaidani- versi pasaran Indonesia) yang dipopularkan Exist dan ‘Di Sana Menanti Di Sini Menunggu’ (U.K’s). 

Sewaktu ditemui Getaran, Saari berkata, dia sememangnya tidak menyangka sama sekali bahawa lagu-lagunya ciptannya itu menjadi viral di platform media sosial tersebut. 

“Ya saya memang ada mengikuti perkembangan di TikTok dan saya dengar juga macam-macam versi lagu-lagu ciptaan saya yang dihasilkan. 

“Saya sendiri terkejut dan tidak menyangka, sampai begitu sekali mereka meminati lagu-lagu ciptaan saya ini. 

“Paling saya tidak sangka apabila ia turut mendapat sambutan daripada golongan muda sedangkan lagu-lagu yang saya cipta ini sudah lama melangkaui zaman mereka,” katanya. 

Tidak sekadar itu, lagu-lagu ciptaannya versi asli buat Exist dan U.K’s itu juga telah distrim dengan begitu banyak sehingga mencecah jutaan tontonan di TikTok. 

“Itu pun saya terkejut juga. Tapi, mereka (TikTok) bayar saya royalti untuk lagu-lagu saya yang keluar di platform mereka. Saya tidak jumpa mereka. Mereka yang datang jumpa saya,” katanya sambil tersenyum. 

Dalam perkembangan terbaharu, Saari Amri bakal muncul sebagai artis undangan dalam Konsert U.K”s Reunion 25 Tahun yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 17 dan 18 Jun ini. 

“Dalam konsert ini nanti, saya bakal berduet dengan Amir U.K’s menerusi lagu ‘Kita Sama Saja’. Lagu itu pernah kami rakamkan untuk dimuatkan dalam sebuah album kompilasi. 

“Saya sendiri teruja untuk mempersembahkan lagu itu bersama Amir dalam konsert di Istana Budaya nanti. 

“Sebetulnya, impian asal saya mahu menjadi penyanyi. Bukannya pencipta lagu. Tapi, sebab rupa tidak ada, akhirnya saya cipta lagu sajalah,” katanya sambil tertawa.

Sementara itu, Amir U.K’s pula berkata, dia juga tidak menyangka lagu-lagu U.K’s akan menjadi viral di TikTok. 

“Sebagai penyanyi asal lagu-lagu tersebut, saya okey. Ia tidak memberikan apa-apa kesan kerana macam mana pun orang tetap tahu siapa penyanyi dan kumpulan asal yang membawakan lagu-lagu tersebut,” katanya. 

Amir dan anggota asal U.K’s yang lain iaitu Rozdenil Toni (Denil)- pemain gitar, Mohd Saleh Mohd Alias (Olley) – pemain bass serta Amiruddin Sharif (Amirul) – pemain dram sedang gigih membuat persiapan untuk konsert ini. 

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun ini juga turut menggunakan khidmat dua pengarah muzik berkaliber iaitu Mohd Rafi Bin Shafie (Rafi) dan Ahmad Firdaus Mahmud (Firdaus) serta Mustafa Kamal Ahmad (Mus Satira) sebagai pemain gitar undangan. - Getaran, 6 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Komen Jelik Di TikTok, Penjawat Awam Disiasat Pihak Berkuasa

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Merokok Di Stesen Minyak Tak Boleh, Tapi Masak Boleh Ek?

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa