Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


U.K’s Bakal Kembalikan Nostalgia Dalam Konsert Reunion 25 Tahun

Sempena sambutan ulangtahun ke-25 tahun U.K’s, kumpulan muzik yang cukup popular sekitar awal 1990-an ini bakal beraksi di panggung Istana Budaya pada 17 Jun sehingga 18 Jun ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 2:39PM

Gambar: Istana Budaya

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah 25 tahun berkecimpung dunia rakaman dan industri muzik tanah air, kumpulan muzik U.K’s bakal mengadakan konsert berskala besar buat julung kali pertamanya di dewan penuh berpresij, Istana Budaya. 

Dianjurkan Mac Training Sdn Bhd bersama RCD Concepts Sdn Bhd, Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun bakal diadakan selama dua malam berturut -turut bermula 17 Jun sehingga 18 Jun ini. 

Selaku penerbit, Samirah Hambali berkata pihak producer Mac Training Centre Sdn Bhd dan RCD Concepts Sdn Bhd amat berbesar hati untuk menganjurkan konsert buat kumpulan U.K’s yang julung kali pertama diadakan ini.

“U.K’s adalah sebuah nama yang besar dan mempunyai pengikut yang ramai bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara jiran tetangga. 

“Pasti ramai yang teruja dan sudah lama menantikan sebuah konsert berskala besar daripada U.K’s ini yang pastinya akan menghiburkan serta dapat membangkitkan semula nostalgia kehebatan kumpulan U.K's pada suatu masa dahulu.

“Pihak kami juga mengalu-alukan kesediaan mana-mana pihak korporat yang sudi menaja Konsert U.K's Reunion 25 Tahun ini sebagai sebahagaian daripada projek atau kempen Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membuka ruang dan peluang  kepada warga  seni  baik di depan tabir mahupun  di belakang tabir untuk bekerja semula setelah  lama terkesan akibat pandemik,” katanya. 

Sementara itu, selaku vokalis U.Ks, Mohd Azmir Muhammad Yusuf pula memberitahu, kumpulan U.K’s sangat berbesar hati apabila diberi peluang untuk mengadakan konsert berskala besar di tempat yang penuh berprestij seperti Istana Budaya. 

“Seperti yang kita semua sudah sedia maklum, beraksi di Istana Budaya adalah impian setiap artis rakaman dan peluang seperti ini tidak harus dilepaskan U.K’s. Peluang beraksi di Istana Budaya dapat membuktikan lagi pencapaian dan tanda aras yang lebih tinggi dalam kerjaya muzik kami selama ini.

“Saya percaya konsert ini memang cukup dinantikan peminat-peminat setia yang selama ini membesar dengan lagu-lagu U.K’s. Setiap lagu pastinya mempunyai nostalgia tersendiri buat mereka,” katanya. 

Konsert berdurasi selama dua jam dengan menampilkan 25 lagu ini bakal menyaksiakan gabungan semula ahli-ahli kumpulan U.K’s yang asal iaitu Amir,  Rozdenil Toni (Denil)- pemain gitar, Mohd Saleh Mohd Alias (Olley) – pemain bass serta Amiruddin Sharif (Amirul) – pemain dram. 

Bahkan, ia turut  dibantu dua pengarah muzik berkaliber iaitu Mohd Rafi Bin Shafie (Rafi) dan Ahmad Firdaus Mahmud (Firdaus) serta Mustafa Kamal Ahmad (Mus Satira) sebagai pemain gitar undangan. 

Apa yang menarik, ketiga-tiga pemuzik hebat ini adalah antara insan-insan seni yang kerap terlibat dalam hampir kesemua proses rakaman album studio U.K’s, dibantu Allahyarham Izhar selaku penyusun muzik. 

Rafi dan Firdaus bukan sahaja bertindak sebagai Pengarah Muzik tetapi mereka juga turut menjadi pemuzik undangan bersama kumpulan Mohram yang terdiri daripada Mohar dan Ramli serta kumpulan vokal latar terkenal, Jad Lobo dan pasukannya. 

Konsert U.K's Reunion 25 Tahun ini bukan saja dianjurkan untuk meraikan kejayaan dan jatuh bangun U.K’s dalam kerjaya muzik mereka, tetapi juga sebagai penghormatan buat Saari Amri yang telah banyak menaikkan nama U.K’s menerusi lagu-lagu ciptaannya yang cukup menyengat. 

Malah, ia juga diadakan sebagai menghargai peminat-peminat tegar U.K’s di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei  yang telah banyak memberi sokongan terhadap  kerjaya seni muzik kumpulan ini.

Sebagai kejutan, konsert yang turut diiringi Strings Chamber Orkestra Simfoni Kebangsaan Malaysia (OSK) ini juga akan menampilkan persembahan Saari Amri bersama U.K’s dalam sebuah tribute khas. 

Tiket menyaksikan konsert ini berharga RM999, RM777, RM555, RM333 dan RM111. Sebarang pertanyaan mengenai tiket, hubungi Hotline: 03-21706333/ (WhatsApp): 01113297822 atau layari https://ilassotickets.com/ - Getaran, 24 2022 

Berita Berkaitan

1

TARA 1 tahun yang lalu

Konsert U.K’s Reunion 25 Tahun Mengimbau Nostalgia Zaman Bercinta

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Komposer Saari Amri Tidak Sangka Lagunya Viral Di TikTok

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Fenomena 'Alamak Raya Lagi' Tarik Minat Kaum Lain Raikan Aidilfitri

Filem & TV 23 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 11 jam yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

Bagi Ziana, masih ramai lagi penyanyi yang sesuai mendapat pengiktirafan itu, yang tertinggi sebagai seorang penyanyi

oleh Helmi Anuar

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor