Berita Terkini

3 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kaleidoskop Sebuah Poligami Dan Cinta Tidak Kesampaian – Kisah Kahwin Syamsul Yusof Dan Lagu Poligami 

"Poligami bukanlah sesuatu yang asing buatku. Aku adalah anak dari keluarga poligami. Almarhum ayahandaku mempunyai lebih dari seorang isteri, malah pernah mempunyai empat isteri di dalam satu masa,” Ad Samad. 

Kolum Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 1:15PM

Gambar hiasan dari AFP

oleh

Ad Samad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Akhirnya aku akur dan ambil tahu juga akan perihal kisah perkahwinan Syamsul Yusof dan Ira Kazar, dua selebriti yang tiada kena mengena malah tiada sebarang kesan untung rugi terhadap kehidupanku.

Namun, berita sensasi perkahwinan mereka menyedarkan aku bahawa walaupun aku telah menulis ratusan lagu-lagu cinta, tetapi aku belum pernah menulis lirik kisah cinta suci mengenai seorang lelaki (atau perempuan) yang berkongsi ‘cinta sucinya’ dengan dua atau lebih dari seorang dalam satu satu masa, malah berpoligami.

Negara dikejutkan dengan pengakuan berani Syamsul Yusof yang mengahwini Ira Kazar di Selatan Thailand baru-baru ini. - Gambar fail
Negara dikejutkan dengan pengakuan berani Syamsul Yusof yang mengahwini Ira Kazar di Selatan Thailand baru-baru ini. - Gambar fail

Sesuatu Yang Rapuh

Poligami bukanlah sesuatu yang asing buatku. Aku adalah anak dari keluarga poligami. Almarhum ayahandaku mempunyai lebih dari seorang isteri, malah pernah mempunyai empat isteri di dalam satu masa. Itu adalah menurut kenyataan isteri ke-empat ayahandaku yang menyangka beliau adalah isteri ketiga. 

Jumlah anak-anak biologika beliau yang diketahui dan berdaftar adalah 14 orang serta beberapa orang anak tiri. Memikirkan jumlah anak-anak ayahandaku sahaja sudah boleh membuat aku terasa sakit pinggang.

Sejak anak kecil lagi aku hanya berjumpa dengan ayahandaku dua atau tiga kali seminggu, kerana pada hari-hari lain, beliau akan berada di rumah isteri-isteri dan keluarganya yang lain.

Almarhumah ibundaku adalah isteri pertama, malah kekal setia bersama ayahandaku sehingga hembusan nafas ayahandaku yang terakhir di kamar hospital ketika mengidap kanser usus.

Wajah ibundaku adalah wajah terakhir yang dilihat oleh ayahandaku.

Mungkin itulah wajah cinta sebenar dan sejati-jatinya.

Mujurlah  rumahtangga ibubapaku tidak berceraian dan aku terus kekal mempunyai ibu bapa sehinggalah ke akhir hayat mereka. 

Aku bukanlah dari a broken family. Cuma, aku mempunyai extended family.

Kekalnya rumahtangga mereka hanyalah kerana pengorbanan jiwa dan raga, emosi dan mental ibundaku. 

Apalah sangat kemewahan yang dimiliki isteri seorang penjawat awam yang mempunyai ramai anak dan para madu?

Ibundaku sentiasa hidup di dalam keadaan jiwa yang menderita serta bergelut di dalam usaha dan urusan dapur serta menguruskan hal-ehwal anak-anak saban hari.

Aku banyak kali menyaksikan airmata dan kesengsaraan jiwanya, walaupun beliau sedaya upaya menyembunyikannya dari aku, dari kami. 

Pada suatu ketika dahulu, ibundaku pernah meninggalkan aku ketika aku berumur 4 – 5 tahun. Aku membesar sehingga ke usia lewat remaja menyangka bahawa beliau meninggalkan kami kerana kesalahan aku, kerana aku anak yang nakal, budak yang jahat. Ia adalah perasaan yang lazim dirasai para anak yang ibu bapa mereka berpisah atau bercerai.

Buat satu ketika, aku tinggal bersama ibu tiri. Ibu tiriku adalah seorang yang baik terhadapku. Tapi, manakan sama cintanya ibu sendiri.

Namun akhirnya, ibu kandungku kembali ke pangkuan kami.

Di suatu pagi, aku keluar dari bilik tidurku dan melihat ibundaku berada di ruang tamu sedang mengemas rumah, seolah-olah hari-hari sebelum pemergiannya. Aku sangka aku sedang bermimpi.

Aku hanya memandangnya dan tidak berani berkata apa-apa kerana takut dengan kata-kata akan memusnahkan realiti atau fantasi yang sedang aku alami. 

Walaupun aku tidak tahu merangka perkataan dan perasaanku dengan articulate ketika itu, tetapi aku telah menyedari erti ‘rapuh’. 

Erti fragile

Kehidupan ini, seperti juga mimpi, adalah rapuh.

Aku gembira telah kembali mempunyai Mummy.

Tetapi aku tidak berani menunjukkan kegembiraan itu.

Kegembiraan juga adalah rapuh.

Kerana kegembiraan bisa musnah dengan sekali libasan lembut sebuah kenyataan.

Ibu bapaku hidup bersama sebagai suami dan isteri selama 40 tahun dan mereka berpisah kerana bercerai nyawa.

Di dalam tempoh yang panjang itu, ada waktu-waktunya yang ayahandaku membuat ibundaku bahagia. Amat bahagia. Aku melihat senyumannya dari telinga ke telinga.

Mungkin sukar untuk pembaca mengerti, tetapi sering waktu, ayahandaku melayan ibundaku sebagai seorang permaisuri bidadari.

Dan di dalam setiap babak-babak sebegitu yang beliau kecapi, beliau adalah perempuan yang bahagia.

Lain-lain rumah tangga ayahandaku berakhir dengan perceraian.

Ketahuilah, kebahagiaan seseorang adalah kerana pengorbanan seseorang yang lain.

Sesuatu Yang Rangup

Bagi kebanyakan kita terutamanya kaum lelaki, poligami atau lebih tepat lagi poligini, adalah sesuatu yang dianggap enak lagi rangup dan menguntungkan kaum lelaki.

Sebenarnya poligini lebih menguntungkan kaum perempuan dari kaum lelaki.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Di dalam masyarakat yang mengamalkan poligini, kaum lelaki adalah paling rugi. Kerana ia mengurangkan jumlah perempuan yang masih boleh dikahwini oleh lelaki bujang.

Sebagai contoh mudah, cuba bayangkan satu senario di mana terdapat 10 orang lelaki dan 10 orang perempuan di atas sebuah pulau.

Apabila 5 daripada 10 orang lelaki itu setiap seorangnya berkahwin dengan 2 orang perempuan, maka yang tinggal adalah 5 orang lelaki yang akan kekal bujang kerana tiada lagi perempuan untuk mereka kahwini.

Apa untungnya sangat lelaki boleh berkahwin lebih dari satu semata-mata demi mendapat satu lagi ruangan melempiaskan nafsu syahwat?

Hakikatnya kehidupan di bandaraya, seks adalah sesuatu yang amat mudah untuk didapati tanpa memerlukan modal wang, masa, dan tenaga yang keterlaluan serta liabiliti tambahan. 

Perkahwinan adalah liabiliti dan bukan sentiasanya aset.

Demand and supply atau permintaan dan pembekalan untuk seks adalah sentiasa kedapatan di pasaran. Sentiasa akan ada yang memerlukannya dan sentiasa akan ada yang sudi membekalnya, dengan harga yang berpatutan.

Perkhidmatan seks di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya adalah sekitar RM180. Bagi yang mencari keunikan, sebagai contohnya, para wanita Eropah adalah lebih mahal. Dan bagi pencari novelti, contohnya para pelajar kolej adalah di antara RM500 ke RM5,000 yang boleh diperolehi menerusi media sosial seperti WeChat dan Twitter.

Sudah tentunya, kenyataan tersebut adalah dari sumber-sumber tidak sahih dan rasmi.

Hanya kerana kita suka makan burger tidak memerlukan kita membela lembu. 

Burger lembu boleh di dapati dari warung burger Mat Rock di depan 7 Eleven, di McDonald’s atau di Burger King sekitar harga RM5.00 ke RM18.00 sahaja. Manakala harga seekor lembu hidup adalah sekitar RM2,500 sehingga RM3,000.

Tetapi kepada para aficionado burger, terpulanglah kepada mereka untuk membela seekor lembu semata-mata untuk dijadikan burger.

Maka, jika perkahwinan adalah semata-mata untuk seks, ia adalah sesuatu yang amat cetek bagi sesuatu yang sangat suci.

Tiga Kelebihan Poligini Kepada Perempuan

Pertama, poligini membantu kestabilan ekonomi menerusi pengagihan kemewahan atau Distribution of Wealth.

Dengan membolehkan lelaki mengahwini lebih dari seorang perempuan, seorang lelaki kaya dapat berkongsi kemewahannya dengan lebih ramai perempuan. Sebagai isteri yang sah, mereka mendapat kestabilan ekonomi dan jaminan kewangan kepada zuriat mereka.

Kedua, meningkatkan status hierarki sosial seorang perempuan.

Contohnya, anak petani yang tidak berpelajaran boleh mengahwini seorang lelaki kaya dan menjadi isteri kedua, ketiga atau keempat. 

Dengan itu, perempuan tersebut kini memiliki akses kepada harta dan kebendaan suaminya lantas mampu menggunakan kesempatan tersebut untuk membantu ibu bapanya yang bertani serta membantu menyara adik-beradiknya ke sekolah.

Ketiga, poligini membantu pengurusan domestik.

Gambar hiasan Pexels
Gambar hiasan Pexels

Seperti juga sebuah perusahaan atau perniagaan, sebuah rumah tangga juga memerlukan pengurusan yang cekap dan berfungsi. Sebuah rumah tangga mempunyai pelbagai kesulitan dan permasalahan yang tersendiri seperti menguruskan kewangan, hal ehwal anak, memasak dan salah satu permasalahan terbesar adalah permasalahan kesihatan atau keuzuran.

Suami yang kaya mengahwini seorang perempuan lain demi menjaga dirinya atau ibubapanya, malah isterinya yang uzur.

Para isteri atau madu yang harmoni boleh menjadi sistem sokongan yang baik kepada satu sama lain.

Setiap perkara tentunya mempunyai timbal balik dan win – win.

Menilai Semula Sebab-Sebab Perkahwinan

Hari ini kita berkahwin atas dasar suka sama suka. Cinta, kononnya.

Jika ditanya kepada Syamsul dan Ira, pastinya mereka juga akan berkata bahawa perkahwinan mereka adalah atas dasar cinta.

Malah mereka juga akan berkata ianya adalah ‘ketentuan Ilahi’ dan ‘demi mendapat keredhaanNya’.

Bagaimanapun, cinta bukanlah sebab terbaik untuk satu-satu pasangan berkahwin.

Cinta adalah tidak lebih dari tarikan seksual. Dan, tarikan seksual akan pudar langsung melenyap.

Perkahwinan yang berdasarkan cinta adalah perkahwinan yang asasnya rapuh, fragile.

Dengan sekali libasan kenyataan, ianya akan berkecai.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

Tujuan utama sebuah perkahwinan adalah untuk mendirikan satu perusahaan yang membina keluarga yang terurus berdasarkan nilai hidup yang serupa dan saling mendirikan ekonomi keluarga agar kehidupan menjadi sejahtera. Dan, masing-masing sedar peranan masing-masing.

Itulah asas paling kukuh mengapa setiap pasangan berkahwin.

Sebagai penulis ratusan lirik lagu-lagu cinta, izinkan aku nyatakan di sini bahawa cinta terhebat adalah cinta yang tidak kesampaian.

Lalu tidak berakhir di jinjang pelamin.

Dengan cinta yang tidak kesampaian, maka tidak akan adanya perceraian.

Dengan adanya cinta yang tidak kesampaian, kita akan dapat terus mengharap dan mendambakan.

Oh, the unrequited love… - Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 9 bulan yang lalu

Syamsul Yusof Tarik Balik Saman Terhadap JAWI, MAIWP

2

Selebriti 10 bulan yang lalu

Ini Jumlah Nafkah Yang Perlu Dibayar Oleh Syamsul Yusof Kepada Anak-Anaknya Dan Juga Bekas Isteri 

3

Muzik 10 bulan yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

4

Selebriti 10 bulan yang lalu

Kes Perceraian Terus Berpanjangan, Puteri Sarah Liyana Dakwa Talak Pernah Jatuh Sebanyak Dua Kali 

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart