web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terfikir Nama ‘Bayi Tabung Uji’ Bagi Projek Baharu, Namun Ditukar Kerana Bimbang Pandangan Buruk Orang Lain - Loque

“Bagi saya, nama ‘Bayi Tabung Uji’ itu sesuatu yang unik dan menarik. Tetapi, rakan pemuzik lain seperti Loko dan Bakri mengingatkan saya ia tidak sesuai apatah lagi dengan kehadiran Asmidar yang turut bekerjasama dengan kami ini,” kata Loque. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jun 2023 4:19PM

Loque kembali dengan projek band kolaborasi terbaharu dikenali sebagai Gostan. - Gambar Instagram Loque

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi dan komposer, Loque pernah terfikir untuk menamakan 'Bayi Tabung Uji' sebagai projek band kolaborasinya bersama penyanyi, Asmidar sebelum akhirnya dikenali sebagai Gostan.

Menurut Loque, idea nama band ‘Bayi Tabung Uji’ itu muncul secara spontan di dalam benak fikirannya, namun dia telah  dinasihati rakan pemuzik lain supaya menukarnya kerana dianggap kurang sesuai serta mempu mencetuskan persepsi buruk orang lain.

Loque - Gambar Instagram Loque
Loque - Gambar Instagram Loque

“Bagi saya, nama ‘Bayi Tabung Uji’ itu sesuatu yang unik dan menarik. Tetapi, rakan pemuzik lain seperti  Loko dan Bakri mengingatkan saya ia tidak sesuai  apatah lagi dengan kehadiran Asmidar yang turut bekerjasama dengan kami ini.

“Lagipun, dalam dunia media sosial masa kini, pandangan dan penerimaan setiap orang berbeza. Pada kita, mungkin biasa saja dan tidak membawa maksud yang jauh kerana perjuangannya pada karya seni. Tapi  bagi orang lain, kita tidak tahu mereka fikirkan apa pula ,” katanya kepada Getaran.

Loque atau nama sebenarnya Khairil Ridzwan Anuar berkata, menerusi projek band kolaborasi 'Gostan' yang dianggotai Loko, Bakri Ismail, Memey dan Harry Misteri itu, mereka bakal muncul mempertaruhkan lagu ‘Dia Datang’ nyanyian asal Raja Gambus iaitu Allahyarham Fadzil Ahmad.  

Gambar Instagram Monoloque
Gambar Instagram Monoloque

Tambah Loque, bersama 'Gostan' dan juga penyanyi Asmidar, mereka akan  tampil dengan lagu ‘Tak Seindah Wajah’ yang pernah dirakamkan penyanyi asalnya, Allahyarham Tan Sri SM Salim yang mendapat sambutan baik pendengar.

Menurut Loque yang juga pemain gitar Butterfingers, hasil daripada maklum balas yang diterima daripada pendengar, mereka mahu kerjasama ini diteruskan. 

“Saya memang berpuas hati bekerja dengan Asmidar yang sememangnya memiliki vokal lunak dalam menyanyikan lagu-lagu tradisional Melayu.

“Malah, kami mempunyai perancangan untuk menerbitkan banyak lagi album digital bersama Gostan sekiranya ada rezeki,” ujarnya.

Jelas Loque lagi, buat masa ini kalau diikutkan Gostan sudah merakam semula empat lagu tradisional Melayu yang diberi nafas baharu. – Getaran, 16 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Lagu ‘Dia Datang’ Abad ke-21, Loque Tampil Membawa Nafas Baharu Dengan Menyuntik Elemen Gamelan Melayu

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Sentiasa Dilabel ‘Syok Sendiri’ Setiap Kali Berkarya, MonoloQue Tidak Peduli Dengan Kritikan Dan Kecaman

3

Selebriti 4 tahun yang lalu

Asmidar Akui Tidak Pernah Dapat Tawaran Sertai Gegar Vaganza

4

Muzik 4 tahun yang lalu

Loque Ambil Lebih 10 Tahun Untuk Evolusikan Gamelan Melayu 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa