Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Loque Ambil Lebih 10 Tahun Untuk Evolusikan Gamelan Melayu 

Untuk memastikan muzik gamelan Melayu ini terus terpelihara, Perbadanan Muzium Negeri Pahang telah berkolaborasi dengan Loque untuk menerbitkan album berkembar berjudul Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21).

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 5:23PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Semakin hari, semakin banyak muzik tradisi dilupakan termasuklah gamelan Melayu. Kalau ada pun, ia hanya dimainkan di majlis-majlis rasmi tertentu atau dalam acara yang berbentuk kebudayaan. 

Untuk memastikan muzik gamelan Melayu ini terus terpelihara, Perbadanan Muzium Negeri Pahang telah berkolaborasi dengan Loque untuk menerbitkan album berkembar berjudul Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) di bawah naungan Penerbitan Pancasona. 

Tajuk ‘Lagu Perang’ telah dipilih sebagai nama rasmi album berkembar ini kerana ia merupakan lagu repertoire Joget Gamelan Melayu yang sering menjadi pembuka tirai setiap kali Orkes Gamelan Pahang DiRaja melakukan persembahan. 

Selain itu, tajuk ini juga adalah simbolik terhadap perjuangan Loque dalam mempertahankan budaya daripada arus modenisasi dan globalisasi. 

Namun, apa yang pasti, Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) adalah sebuah album khusus untuk meraikan serta mengevolusikan Gamelan Melayu agar ia kekal relevan dalam arus perkembangan muzik semasa.

Menurut Loque, proses menghasilkan album ini mengambil masa lebih satu dekad kerana ia melalui proses kajian yang terperinci.

“Kajian mengenai Gamelan Melayu agak rumit kerana kebanyakan sumber serta lagu-lagunya perlu diperolehi secara lisan, terutamanya yang berkaitan dengan kaedah dan gaya lenggok permainan Gamelan Melayu yang sehingga kini masih menggunakan sistem bernombor.

“Saya sendiri terpaksa bergelumang bersama Gamelan Melayu dan menuntut ilmu dengan orang lama Orkes Gamelan Pahang DiRaja untuk memahami dan menjiwai roh Gamelan Melayu secara menyeluruh,” katanya. 

Selain daripada kaedah permainan Gamelan Melayu, kata Loque, kajian mengenai lagu repertoir Joget Gamelan Melayu turut dikaji dan didalami sepanjang sedekad proses penerbitan album ini dilakukan. 

“Kekangan sumber dan dokumentasi telah menyukarkan proses mengesan semula lagu-lagu tersebut dalam bentuk asal dan perkara ini amat mengecewakan kerana apabila generasi tua sudah pergi, maka ilmu berharga juga akan turut bersemadi. 

“Dari sudut proses rakaman pula, ia bukanlah sesuatu yang mudah. gamelan merupakan alat muzik agung, tidak seperti alat muzik lain. Terdapat banyak perkara teknikal yang saya, penolong penerbit dan ahli kumpulan saya perlu teroka serta kaji.

“Daripada not muzik, kedudukan alat pembesar suara sehingga kerja-kerja mengadun dan menguasai bunyi. Semuanya baharu dan ia sesuatu yang belum pernah kami lalui sepanjang berada dalam industri.

Pitching dan tuning Gamelan Melayu yang begitu berbeza dengan alat muzik barat merupakan cabaran yang cukup besar. Tidak seperti alat muzik moden, Gamelan Melayu menghasilkan bunyi ‘dissonance’ yang jarang sekali ditemui dalam ‘ensemble’ muzik barat,” kata graduan Berklee ini. 

Untuk album ini, bunyi-bunyian Gamelan Melayu telah dipersembahkan dan dirakamkan sepenuhnya oleh Orkes Gamelan Pahang diRaja. Kumpulan ini merupakan himpunan pemain Gamelan Melayu yang telah ditubuhkan sejak tahun 70-an. 

Terdapat empat ahli kumpulan yang masih bertahan sehingga kini iaitu Amin sebagai ‘kepala’, diikuti Awang, Mat dan Bo Tahir. 

Loque telah mendapat tunjuk ajar Encik Amin dalam proses gubahan dan bunyian Gamelan Melayu untuk dimuatkan dalam album berkembar ini termasuk mempelajari pantang larang mengenai Gamelan Melayu 

Kerjasama antara Monoloque dan Perbadanan Muzium Negeri Pahang tercetus sekitar 2005 apabila Pengarahnya, Datuk Farid Abdul Jalal mendengar irama gamelan dalam sebuah lagu  Butterfingers iaitu kumpulan grunge yang pernah dianggotai Loque pada penghujung 90-an. 

Gabungan gamelan dan grunge telah menarik minat beliau kerana itu merupakan gabungan irama yang berbeza. Zaman itu, tiada lagi yang melakukannya. Kebetulan waktu itu pihak Muzium Pahang sedang mencari inisiatif untuk mengetengahkan Gamelan Melayu. 

Maka, Farid menghubungi Loque untuk bekerjasama. Sejurus selepas itu, Loque telah mempersembahkan lagu 'Urusan Seri Paduka Baginda' versi demo kepada pihak muzium. Farid dan pihak muzium menyukai demo tersebut dan di situlah bermulanya sebuah legasi. 

“Saya amat berpuas hati dengan hasil kerja Loque dalam album ini. Biarpun mengambil masa yang lama untuk disiapkan, ia perkara biasa untuk proses pembikinan album ini yang mengetengahkan sejarah, tradisi dan muzik yang memerlukan kajian serta penelitian yang terperinci.

“Antara sebab saya kagum dan letakkan kepercayaan kepada Loque adalah kerana dia rajin mengkaji. Contohnya ketika di Berklee,  dia belajar tentang muzik di sana lalu curahkan ilmu dalam karya-karya tempatan, terutamanya muzik rakyat dan tradisional. 

“Saya nampak dia akan buat sesuatu dengan ilmu. Ilmu yang membezakan kualiti seseorang, tak kisahlah ahli muzik, penulis, pelukis atau jurutera sekalipun,” kata Farid lagi. 

Turut bertindak sebagai penerbit eksekutif untuk album berkembar Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21), beberapa lirik Farid turut diabadikan dalam album ini iaitu 'Selamatkan Legasi', 'Chinta', 'Kg. Rakit' dan 'Urusan Seri Paduka Baginda'. 

Bagi memeriahkan pesta meraikan audio dan visual Gamelan Melayu, Loque telah menjalin kerjasama kreatif dengan beberapa penyanyi tempatan yang berwibawa termasuklah NJWA, Aizat Amdan, Manifesto, dan yang terakhir adalah Kimal Margasatwa. 

Alat muzik agung Gamelan Melayu telah menjadi nadi album ini kerana ia kurang mendapat pendedahan berbanding gamelan-gamelan lain di Nusantara. Rata-rata lebih mengenali Gamelan Jawa dan Bali walaupun Gamelan Melayu mempunyai keistimewaan tersendiri. Skala bunyi yang digunakan dalam Gamelan Melayu juga berbeza dan jarang sekali diteroka. 

Album ini menampilkan dua sisi, yakni Gong Ibu dan Gong Anak. Gong Ibu merupakan himpunan sembilan lagu instrumental Joget Gamelan Melayu. Semua himpunan lagu Gong Ibu merupakan hasil kerja Orkes Gamelan Pahang diRaja dengan tunjuk ajar Amin, salah seorang anggota lama orkestra tersebut.

Antara lagu yang dimuatkan dalam Gong Ibu adalah 'Ganda Melati', 'Lagu Perang', 'Raja Berangkat' dan 'Muleh'. Tidak lupa juga dua lagu rakyat yang telah digamelankan iaitu 'Ikan Kekek' dan 'Lenggang Kangkung'. Untuk Gong Ibu, Loque berfungsi sebagai penggubah dan penerbit.

Lagu Perang (Bunyian Gamelan Melayu di Abad ke 21) dilancarkan dalam Piring Hitam(Vinyl) dan Cakera Padat(Deluxe). Versi Vinyl telah dihasilkan pada 2018 manakala versi Deluxe dihasilkan pada 2020. Kedua-dua versi memuatkan lagu yang sama dengan gubahan serta versi yang berbeza. 

Gambar: Loque

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

Sorotan

1

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

2

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

3

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

4

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

5

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

6

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 4 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor