web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2024 4:37PM

Mahfuz perlu membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Muhammad Sanusi (gambar) dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar diperintahkan membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini, kerana didapati memfitnah Menteri Besar Kedah itu empat tahun lalu.

Hakim, Datuk Dr. Arik Sanusi Yeop memutuskan, pihak plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap defendan dan membenarkan tuntutan tersebut.  

Ia melibatkan hantaran dibuat Mahfuz di Facebook pada 17 Oktober 2020 bertajuk 'Komen Politik Semasa', mengandungi fitnah terhadap Muhammad Sanusi, berkaitan pembelian sebuah Toyota Vellfire untuk kegunaan peribadi, yang didakwa menggunakan dana Syarikat Air Darul Aman (SADA). 

Berikutan itu, Mahfuz diperintahkan membayar ganti rugi am berjumlah RM200,000, ganti rugi tauladan sebanyak RM50,000 serta kos sebanyak RM30,000.

Mahkamah turut memerintahkan agar bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu memohon maaf secara terbuka kepada Muhammad Sanusi yang perlu diterbitkan di sebuah akhbar bahasa Melayu dan sebuah akhbar bahasa Inggeris dalam tempoh 14 hari dari tarikh penghakiman.

arisan peguam dan penyokong Muhammad Sanusi di pekarangan mahkamah - gambar Rafisqi Radhi
arisan peguam dan penyokong Muhammad Sanusi di pekarangan mahkamah - gambar Rafisqi Radhi

Permohonan maaf juga perlu dimuat naik di akaun Facebook Mahfuz dengan segala termanya hendaklah disemak serta dipersetujui plaintif.

Selain itu, Mahfuz turut diperintah menarik balik hantaran Facebook serta video yang dimuat naik pada tarikh tersebut selain dilarang memuat naik dan menyiarkan sebarang kenyataan, video mahu pun kandungan media atau apa-apa bentuk yang mengandungi maklumat atau kandungan serupa atau menyentuh isu sama atau berkaitan.

Mahkamah turut mengarahkan perintah injuksi kekal bagi menghalang defendan atau mana-mana pihak daripada memuat naik, menyiarkan dan menerbitkan apa-apa kenyataan dalam apa juga bentuk, yang mengandungi maklumat dan kandungan serupa.

Dalam penghakimannya, hakim menegaskan bahawa semua kenyataan Mahfuz kononnya Muhammad Sanusi membeli Toyota Vellfire untuk kegunaan peribadi dengan menggunakan dana SADA itu adalah bersifat fitnah dan berniat jahat terhadap Menteri Besar Kedah itu.

Peguam mewakili Mahfuz, Muhammad Faiz Fadzil (tengah) ketika ditemui wartawan di pekarangan mahkamah - gambar Rafisqi Radhi
Peguam mewakili Mahfuz, Muhammad Faiz Fadzil (tengah) ketika ditemui wartawan di pekarangan mahkamah - gambar Rafisqi Radhi

Muhammad Sanusi diwakili peguam Yusfarizal Yussoff, Wan Rohimi Wan Daud, Mohd. Faizi Che Abu dan Adam Luqman Amdan manakala Mahfuz diwakili Muhammad Faiz Fadzil dan Faizal Abdullah.

Hakim Dr. Arik Sanusi kemudian mengarahkan pihak pembelaan untuk mengemukakan permohonan kepada mahkamah bagi mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman.

Sementara itu Muhammad Faiz ketika ditemui menjelaskan, pihaknya akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. - Getaran 31 Januari 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

2

Semasa 23 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

3

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

4

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cabul Pesakit Bawah Umur, Pakar Perubatan Hospital Swasta Dipenjara 7 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad