web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 4:25PM

Juruteknik, Chiok Wai Long (dua, kiri) ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 22 Mac lalu. gambar BERNAMA 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membatalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik yang mengaku bersalah membuat hantaran berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya.

Hakim Datuk Ahmad Bache membuat keputusan itu selepas membenarkan semakan difailkan Chiok Wai Loong, 35, selaku pemohon untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan terhadapnya pada 22 Mac.

"Selepas mendengar hujahan pihak-pihak, mahkamah membatalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap sabitan dan hukuman. Oleh itu, tertuduh diarahkan ke Mahkamah Sesyen untuk dibicarakan secara penuh.

"Tertuduh diarah dipertuduhkan semula, tetapi di hadapan hakim Mahkamah Sesyen berlainan dalam kadar segera hari ini," kata hakim itu.

Hakim Ahmad dalam penghakimannya berkata, mahkamah telah meneliti nota keterangan semasa prosiding kes itu di Mahkamah Sesyen dan mendapati hakim di mahkamah berkenaan tidak merekodkan pengakuan bersalah tertuduh (Chiok), mengikut prosedur yang betul.

"Tidak disebut bahawa dia memahami pertuduhan dan akibat (kemungkinan hukuman) selepas dia mengaku bersalah. Hakim hanya menyebut pertuduhan dan hukuman dibacakan kepadanya.

"Pertuduhan terhadapnya begitu panjang, bagaimana anda (pendakwaan dan mahkamah) mengharapkan orang awam seperti beliau untuk memahami? Dia juga tidak diwakili peguam pada hari itu," kata hakim itu dan menambah pendakwaan yang dibuat terhadap pemohon adalah tergesa-gesa.

Pada 22 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Suzana Hussin menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap Chiok, selepas mengaku bersalah kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook.

Suzana turut memerintahkan Chiok menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 20 Mac dan dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook, menggunakan nama profil 'Chiok Wai Loong' pada 18 Mac, yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh, manakala peguam N Surendran mewakili Chiok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

2

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

4

Semasa 4 hari yang lalu

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar