web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDA FC Sudah Terima RM16 Juta Dari KFA Sejak Ditubuhkan - Sanusi

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 9:05PM

Muhammad Sanusi Md. Nor (tengah) memerhati seorang anak yatim mencuba baju raya - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Kedah Darul Aman FC (KDA FC) telah menerima bantuan berjumlah RM16 juta sejak pasukan itu ditubuhkan beberapa tahun lalu.

Mendedahkan perkara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bantuan berkenaan disalurkan menerusi Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang dinaunginya selaku Presiden.

Justeru katanya, dakwaan kononnya pihaknya tidak membantu KDA FC adalah tidak benar. 

"Dari mula tubuh KDA FC sampai sekarang, KFA dah bantu sebanyak RM16 juta. Hangpa ingat sikitkah jumlahnya? 

"Kemudian depa kata kita tak tolong...Hangpa tau apa? Itu yang saya malas nak jawab. 

"RM16 juta itu kalau bagi anak yatim macam ini, hangpa bayangkanlah dan bandingkan dengan bola...Mana lebih afdal? Tentulah anak yatim...Ada banyak kerja lain dan kita dah bagi RM16 juta, ingat sikitkah bantuan kita beri?" katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir menyempurnakan Program Cahaya Ramadan Yayasan TM, Sumbangan Baju Raya Kepada Anak Yatim dari Rumah Budi, Yan di Pekan Rabu dekat sini, hari ini. 

Tambah Sanusi, beliau kekal dengan pendirian bahawa gaji pemain bola sepak tidak boleh dibayar dengan menggunakan duit kerajaan. 

"Samalah juga gaji pekerja syarikat dan dasar itu sebenarnya sangat mudah. Untuk bola sepak, kita carilah duit lain. 

"KFA dah tolong sebanyak RM16 juta dan baru-baru ini pun, ada beri lagi dalam jumlah jutaan ringgit. Saya tak mahu bising kerana bola ini pun kalau kita cari duit, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mai cekup dan yang itu pun, saya hangat hati juga," katanya. 

Menurutnya, di seluruh dunia termasuk Malaysia, adalah kelaziman untuk semua persatuan bola sepak dan sukan mencari sumbangan. 

"Macam-macam cara orang menyumbang, itu pun depa mai cekup kita. Apa punya manusia, saya pun hairan.

"Dalam sukan pun nak main politik juga...Susah, membunuh bola sepak depa ini," katanya.

Semalam Pengerusi First Instance Body (FIB) mengumumkan bahawa KDA FC dikenakan hukuman pemotongan tiga mata bagi pertandingan Liga Super musim 2024-2025. 

Hukuman itu dikenakan susulan kegagalan kelab terbabit membuat penyelesaian penuh tunggakan gaji bagi tahun 2023 dan mereka turut dikenakan denda RM50,000.

Selain itu FIB turut memberi amaran, Lesen Kebangsaan KDA FC boleh ditarik sekiranya kelab terbabit gagal membuat bayaran penuh tunggakan gaji tersebut atau tidak dapat mengemukakan bukti dokumen kewangan untuk menyelesaikan pembayaran pada jam 5 petang 20 April nanti.

Penarikan lesen itu boleh menyebabkan KDA FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super bagi musim 2024-2025. - Getaran, 6 April 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kaitan Cadangan MoF Lelong Perkampungan Tok Senik

2

Politik 2 tahun yang lalu

Cabaran Besar Buat PN Untuk Pertahan Sungai Bakap - Sanusi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kedah Agro Tamat Operasi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad