web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jan 2024 5:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Setiausaha Agung, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli masing-masing dilantik sebagai Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi sesi 2023-2026.

Pelantikan baharu itu turut menyaksikan Muhammad Faiz Fadzil menggalas jawatan Setiausaha Agung parti.

Muhammad Faiz berkata, pelantikan itu disokong sebulat suara dalam mesyuarat pertama Jawatankuasa Pimpinan Amanah Nasional (JKP) yang dipengerusikan Presiden, Datuk Seri Mohamad Sabu, hari ini.

"Pelantikan jawatan-jawatan pengurusan ini merangkumi gandingan pimpinan berpengalaman dan muda dalam kalangan 27 orang JKP yang dipilih semasa Konvensyen Amanah Nasional yang berlangsung pada 24 Disember lalu," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, pada mesyuarat itu, Norhayati Bidin dan Khalid Abd Samad masing-masing mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Pengarah Komunikasi, manakala bekas ahli Jawatankuasa Pimpinan AMANAH yang juga Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya.

Selain itu, Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat turut dilantik sebagai Pengarah Pembangunan Sumber Manusia.

"Bagi mengangkat suara akar umbi, pelantikan Pengerusi AMANAH di peringkat negeri akan dibuat dalam mesyuarat AMANAH Nasional yang akan datang setelah notis bertulis yang cukup diberikan kepada setiap kawasan AMANAH seluruh negara bagi menamakan calon yang sesuai dan layak untuk dipertimbangkan dan diputuskan oleh presiden dan JKP," katanya.

Muhammad Faiz yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia berkata, Mesyuarat Amanah Nasional hari ini turut meluluskan kerangka pelan strategi parti yang dicapai menerusi permukiman yang diadakan semalam.

Beliau berkata, permukiman tersebut diadakan dengan objektif untuk menguatkan parti melalui agenda mengukuhkan organisasi, membina kemantapan ahli serta mengasaskan identiti perjuangan dan pendekatan politik yang disegani rakyat berteraskan prinsip amanah, adil dan rahmat untuk semua.

Pada pemilihan 27 Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang diadakan pada 24 Disember lalu, Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dipilih sebagai Presiden AMANAH untuk penggal ketiga.

Selain itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa pula dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari dan Dr Siti Mariah Mahmud, masing-masing dipilih sebagai Naib Presiden parti. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

"Berangan Boleh, Tapi Siapkan Dulu Projek Untuk Rakyat" - Pesan Mahfuz 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bersalah Memfitnah, Mahfuz Diarah Bayar RM250,000 Kepada Sanusi

3

Politik 2 tahun yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 17 jam yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad