Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Politik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2023 1:34PM

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu (tengah) selepas merasmikan Konvensyen Pemuda AMANAH Nasional 2023 di Kuala Lumpur, hari ini. gambar FB Mohamad Sabu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR: Konvenysen Tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) yang bakal berlangsung akhir bulan ini, bakal menyaksikan perubahan kepemimpinan utama, ketika parti itu dikatakan sedang menyesuaikan dirinya dengan lanskap baharu politik yang semakin mencabar.

Ia susulan sokongan yang diterima Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atau lebih dikenali sebagai gelombang hijau dalam beberapa pilihan raya sejak kebelakangan ini.

Perkembangan itu, dijangka mendorong Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu atau Mat Sabu untuk membuka laluan kepada kepemimpinan baharu selepas berada di tampuk selama lapan tahun.

Pada masa sama, sudah tiba masanya bagi pimpinan veteran parti itu untuk memberi peluang kepada pemimpin muda untuk mengetuai parti berkenaan, selepas berpisah dengan PAS.

Mohamad, 69, aktif dalam kancah politik tempatan sejak dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS pada 1986 dan sebelum pembentukan AMANAH pada 2015, beliau adalah Timbalan Presiden PAS.

Beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan pada 2018 hingga 2020 dan seterusnya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan sejak November tahun lalu dan kekal dengan jawatan itu ketika rombakan Kabinet diumumkan baru-baru ini.

Bagaimanapun, lantikan itu tidak menamatkan spekulasi mengenai masa depannya, terutama selepas Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad dilaporkan berkata, keputusan untuk menyerahkan kepemimpinan parti kepada individu lain, terserah sepenuhnya kepada Mohamad. 

Pandangan Khalid itu turut disokong beberapa pihak lain, antaranya Prof Datuk Sivamurugan Pandian iaitu penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia.

Menurut Sivamurugan, AMANAH seharusnya membuktikan bahawa parti itu mempunyai pelan untuk menangani PAS dan bukan hanya berkisar mengenai Mohamad.

Lagipun, katanya, AMANAH sepatutnya menjadi saingan kuat PAS tetapi gagal berbuat demikian kerana sejak kebelakangan ini PAS berjaya meraih undi pengundi Melayu-Islam dengan penuh bergaya. 

Ketika ini, PAS memiliki kerusi tertinggi di Parlimen iaitu 43 berbanding AMANAH yang hanya menguasai lapan kerusi.

Sementara, dalam gabungan kerajaan Pakatan Harapan (PH), AMANAH memiliki dua kerusi menteri Kabinet menerusi Mohamad dan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang dilantik sebagai Menteri Kesihatan baru-baru ini.

Bagaimanapun, parti itu tewas di tangan PAS di peringkat akar umbi di Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perak.

Justeru, Sivamurugan berkata, AMANAH mesti mencari jalan penyelesaian bagi memenangi sokongan penyokong PAS dan pengundi Melayu yang berada di atas pagar.

"Sebenarnya, AMANAH perlu menunjukkan bahawa mereka adalah parti Islam yang berbeza berbanding jenama yang dibawa oleh PAS.

"Mereka (AMANAH) perlu berusaha untuk menampil sikap kesederhanaan adalah kaedah lebih baik untuk masa depan negara, berbanding pelaksanaan dasar yang tegas," kata Sivamurugan.

Beliau berkata, AMANAH juga perlu menunjukkan sokong mereka terhadap UMNO yang kini turut bergelut untuk mendapatkan sokongan pengundi.

Dalam pada itu, dalam konvensyen tahunan parti yang berlangsung pada 23 dan 24 Disember ini di Klang, akan menyaksikan proses pengundian 27 jawatan, membabitkan 124 calon.

Apa yang menarik, antara individu yang mengemukakan borang pencalonan adalah Mohamad sendiri; Naib Presiden, Datuk Seri Mujahid Yusof dan Adly Zahari, selain Pengarah Strategi parti, Dr Dzulkefly. 

Senarai pencalonan itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya AMANAH, Zulqarnain Lukman.

Zulqarnain berkata, kira-kira 1,000 delegasi akan memilih speaker, timbalan speaker dan auditor.

Parti itu dijangka melantik Timbalan Presiden yang baharu, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada awal tahun ini.

Terdahulu, Ketua AMANAH Pulau Pinang, Muhammed Faiz Fadzil yang juga anak sulong bekas Presiden PAS, Datuk Fadzil Noor pernah menyokong cadangan mengenai keperluan parti itu untuk bersikap agresif dalam menangkis fitnah PAS.

Kenyataan itu disokong seorang lagi Naib Presiden parti, Datuk Mahfuz Omar yang menegaskan bahawa sikap agresif bukan sahaja tanggungjawab AMANAH, tetapi juga semua pihak dalam PH dan Kerajaan Perpaduan.

Dalam Pilihan Raya Umum lalu, Faiz sendiri gagal menangkis 'gelombang hijau' apabila tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Sementara itu, Mahfuz yang tidak akan hadir pada konvensyen itu kerana menunaikan umrah, menyerahkan kepada kesemua delegasi untuk membuat keputusan mengenai kedudukannya.

"Saya menyerahkan kepada delegasi untuk membuat keputusan jika khidmat saya masih diperlukan dalam parti. Saya bersedia berkhidmat dalam mana-mana kapasiti," kata bekas Ahli Parlimen Poko Sena itu.

Namun, beliau mengakui wujudnya keperluan bagi AMANAH untuk menyesuaikan diri dengan politik ekstremisme, fitnah dan tidak bertolak ansur, yang didakwa PAS sebagai dakwah.

Mengulas lanjut, Sivamurugan yang mengakui AMANAH sedang bergelut dengan 'gelombang hijau' berkata, parti itu perlu mengubah strateginya untuk mengekalkan sokongan pengundi.

Malah, katanya, bekas pemimpin parti itu seperti Datuk Husam Musa yang berpangkalan di Kelantan patut mempertimbangkan semula keputusan mereka untuk meremajakan semula imej AMANAH di Kelantan dan Terengganu.

"Setiap pemimpin mempunyai pengikut masing-masing. Mereka boleh menjadi aset (kepada parti)," katanya. - The Vibes, 16 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

2

Politik 2 bulan yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

3

Politik 3 bulan yang lalu

Mahfuz, Dr Hatta Dilantik Naib Presiden AMANAH

4

Politik 4 bulan yang lalu

Pilihan Raya PBT Perlu Beri Situasi Menang-Menang - Mohamad Sabu

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Semasa 1 hari yang lalu

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman