web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2024 9:14AM

Dr Mujahid Yusof Rawa - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS harus menerima kenyataan bahawa keputusan membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah Kelantan (EJSK) melambangkan kelemahan Badan Perundangan Negeri Kelantan atau Dewan Undangn Negeri (DUN).

Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, DUN Kelantan tanpa teliti telah meluluskan beberapa peruntukan dalam EJSK yang jelas melampaui bidang kuasa perundangannya sebagaimana yang tercatit dalam penghakiman Ketua Hakim Negara.

Menurut beliau, parti itu sepatutnya mengambil semangat keputusan dengan memperbaiki proses pembikinan undang-undang jenayah syariah secara lebih teliti.

“Mereka sepatutnya menerima nasihat dengan menghormati peruntukan kuasa yang ada pada DUN di mana setiap ADUN bersumpah untuk melindungi dan mempertahankannya semasa mereka dipilih oleh rakyat.

“PAS seharusnya menerangkan kepada pengikutnya dan umat Islam yang terkeliru dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan terhadap petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mujahid menyatakan demikian sebagai mengulas pendirian PAS yang masih berpegang pada naratif mengelirukan pemikiran rakyat, susulan keputusan diberikan Mahkamah Persekutuan 9 Februari lalu.

Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 Jumaat lalu memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan EJSK - gambar fail
Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan EJSK - gambar fail

Mujahid yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, adalah lebih baik PAS bersikap jujur daripada menggunakan keputusan berkenaan  sebagai bahan politik yang menjejaskan keharmonian undang-undang negara. 

“Ramai di kalangan Ahli Parlimen PAS dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sepatutnya mengambil peranan menjelaskan bagaimana proses perundangan dibuat dan apakah bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan yang dalam lafaz sumpah setia semua Ahli Parlimen dan ADUN berjanji untuk mempertahankan.

“Lebih buruk PAS telah mengelirukan pengikutnya dan sebahagian umat Islam kononnya Mahkamah Syariah terancam dan dicabar,” katanya, kesal.

Tegas beliau, ada kalangan pemimpin pembangkang mendakwa undang-undang Allah telah dibatalkan atas kehendak golongan liberal. 

“Ini satu pembohongan yang boleh menimbulkan permusuhan dan kebencian yang menjejaskan keharmonian negara sekaligus tidak menghormati Perlembagaan.

“Hakikatnya peruntukan dalam EJSK adalah dalam kategori Takzir yang bukan Hudud dan Qisas. Undang- undang jenayah syariah sama dengan undang-undang jenayah sivil di Persekutuan dari sudut ianya adalah Takzir yang difikirkan sesuai oleh negara untuk menjaga maslahah keamanan rakyat dan negeri,” katanya.

Mengulas lanjut Mujahid berkata, apa yang berbeza adalah punca kuasa undang-undang jenayah syariah kecuali di Wilayah Persekutuan  diperbuat dan digubal oleh DUN masing-masing. 

“Takzir yang digubal oleh DUN Kelantan dibatalkan kerana DUN Kelantan telah melampaui batas kuasa yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan dengan menggubal undang-undang yang bercanggah dengan peruntukan tersedia ada di peringkat Persekutuan. 

“Maknanya kesalahan jenayah yang dilakukan tetap terlaksana hukumannya dalam undang-undang Persekutuan sebagai Takzir, bagaimana boleh dikatakan kononnya keputusan ini untuk menghapuskan undang-undang Islam,” katanya.

Takzir tambah beliau, boleh dibatalkan jika undang-undang yang sama telah sedia wujud di Persekutuan, bagi mengelakkan dua hukuman pada jenayah yang sama dikenakan kepada pesalah sebagai menghormati prinsip keadilan.

“Untuk menggubal undang-undang syariah, DUN tertakluk kuasanya yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. Jadual ke-9 Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan kuasa Parlimen dan Badan Perundangan Negeri (DUN). Ia juga tertakluk kepada kuasa yang diperuntukkan dalam Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 Akta 355. 

“Hal demikian sepatutnya dalam pengetahuan semua ADUN PAS di DUN Kelantan khususnya Speaker Dewan yang berperanan memastikan setiap enakmen tidak melampaui kuasa yang ada padanya,” katanya. - Getaran, 11 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

3

Politik 2 tahun yang lalu

Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

AMANAH Perlu Pendekatan Baharu Bagi Tangani Strategi PAS

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Tanah Sungai Cot: Tengku Ampuan Pahang Tawar Tanah Untuk Keluarga Orang Asli Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

oleh Sophia Ahmad