web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelaran Munafik Berniat Jahat, Apakah PAS Mahu Jadi ‘Syaitan Yang Bercakap’?

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2023 9:23AM

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan PAS menyamakan pendekatan Kerajaan Perpaduan dengan golongan munafik jelas menggambarkan niat jahat parti itu yang menyimpang daripada fakta dan kebenaran.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, PAS sekali lagi mengulangi skrip agama yang penuh hikmah dan ihsan, sebelum dibalut dengan sentimen agama sebagai panduan untuk mendakyahkan ekstremisme. 

Menurut beliau, ia sekali gus mencetuskan persoalan, apakah parti itu memilih untuk menjadi syaitan yang bercakap agar kelihatan lebih gah daripada syaitan bisu? 

“PAS kini semakin terdesak. Makin ramai Ahli Parlimen pembangkang mempaculkan dukungan. Kekuatan PN (Perikatan Nasional) semakin melemah. Menyerang kerajaan secara dasar adalah sukar kerana angka dan petunjuk ekonomi dilihat semakin baik dan pelaburan semakin bertambah. Malah, tahap keyakinan dunia luar terhadap Malaysia semakin mengukuh di bawah YAB PMX.

‎”Bagi mereka, ini tidak boleh dibiarkan. Jika tidak sokongan mereka akan terus merosot. Justeru menggelar PH (Pakatan Harapan) sebagai munafik, musuh Islam yang mengamalkan demokrasi ala Israel, ianya membenarkan pandangan bahawa PAS sebuah parti yang berfikrah ekstrem,” katanya menerusi ciapan di X.

Tegas Muhammad Kamil, jalan tuntas bagi PAS untuk mempengaruhi minda khususnya masyarakat Melayu Islam adalah dengan menunggang dan memanipulasi nas dan dalil agama mengikut tembolok pemimpin mereka.

“Menghalalkan apa saja seruan Tuhan di dalam Al Quran ke arah manusia dan pihak lain yang tidak berada di jalur politik yang sama, inilah contoh gejala pelampau dan radikal dalam beragama yang ditegah dan dilarang dalam Islam.

“Jangan terkejut jika ada ugutan dan seruan untuk membunuh YAB PMX berulang yang telah pun kita saksikan sepanjang setahun ini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, tuduhan bahawa Kerajaan Persekutuan melakukan sekatan ekonomi bagi semua negeri yang ditadbir PAS adalah satu fitnah yang maha dahsyat. 

“Dalam hal royalti, Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sendiri gagal selama 33 bulan untuk menyelesaikan ketika berada di pundak kuasa. Ini fakta yang sesiapapun di dalam PAS tidak mampu menyangkal. Peruntukan negeri-negeri juga bertambah berbanding tahun-tahun sebelumnya. 

‎”Negeri Kedah (RM512.1 juta tahun 2023 ketimbang RM458.1 juta tahun 2022), Negeri Kelantan (RM351.5 juta tahun 2023 ketimbang RM331.2 juta tahun 2022), Negeri Terengganu (RM411.1 juta tahun 2023 ketimbang RM393.6 juta tahun 2022 ), Negeri Perlis (RM154 juta tahun 2023 ketimbang RM138.1 juta tahun 2022 ), ‎lalu bagaimana ulama boleh meghamburkan fitnah sedemikian rupa,” katanya, kesal. 

Presiden PAS kata Muhammad Kamil, perlu menjelaskan siapakah yang dirujuk sebagai musuh Islam seperti dimaksudkannya. 

‎”Menyamakan acuan demokrasi PH dengan Israel – apa yang cuba diselewengkan oleh Presiden PAS sebenarnya? Apakah beliau lupa bahawa PH merupakan blok terbesar yang menang dalam PRU15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) yang lalu? 

‎”Jika dimaksudkan DAP, apakah beliau lupa bahawa PAS pernah menjalinkan kerjasama bersama DAP di Perak yang menyaksikan MB (Menteri Besar) dilantik dari PAS? Kerjasama di Selangor? Pulau Pinang? Lupakah beliau tentang seruan lita’arafu yang dilaungkan dahulu? Apakah kini darah mereka halal untuk diteguk,” bidasnya, tajam.

Menerusi ciapan sama beliau mengingatkan, iblis dilaknat bukan kerana tidak mengakui kewujudan Tuhan yang satu, tetapi kerana merasakan dirinya lebih mulia daripada Adam, penuh dengan hasad, sombong dan takabur. 

‎"Berpolitiklah secara matang dan sejahtera, seperti yang sering dilaungkan,” katanya. - Getaran, 8 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Pengundi Sungai Bakap Belum Pasti Mahu Undi Parti Mana

2

Politik 2 tahun yang lalu

Calon Kerajaan Perpaduan Untuk PRK Sungai Bakap Diumum Minggu Depan - PM

3

Politik 2 tahun yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pesta Songkran: ‘Dulu Haram, Sekarang Halal Pulak?’ - Netizen

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran