web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Falasi Hadi Awang Memudaratkan Negara, Beri Imej Buruk Pada Sistem Kehakiman - Mujahid

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2024 9:17AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Falasi Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah meninggalkan kesan yang sangat memudaratkan untuk negara.

Pengerusi Gabungan Ilmuan Nadwah Ulama Nahdhah Jadidah, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, penulisan Hadi memberikan imej yang buruk kepada sistem keadilan negara dan sistem raja berperlembagaan.

Menurut beliau, Ahli Parlimen Marang itu telah menggunakan Islam yang juga agama rasmi untuk menaikkan kebencian antara rakyat dan kaum melalui pentaksubnya.

“Falasi Haji Hadi tentang isu Islam dan Syriat dalam kerangka negara terkhusus pandangannya berkaitan isu Nik Elin sangat ketara walaupun untuk mengenalpasti sesuatu falasi memerlukan penta'aqulan yang mendalam. 

“Hujahan Haji Hadi dalam isu Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid terlalu mudah untuk kita mengenali betapa lemahnya deduksi beliau dan tidak konsistennya hujah beliau,” katanya.

Jelas Mujahid, tulisan Minda Presiden yang dimuatkan di Facebook Hadi sarat dengan walaupun permulaan tulisan dibanjiri ayat-ayat al Quran dan Hadis.

“Bukan semua ayat Al Quran dan Hadis yang dipetik mesti menggambarkan kehebatan penulisan.

“Kehebatan penulisan ialah memahami secara mendalam nas yang dipetik dan kemudian membawa semangat ayat yang dipetik dalam suasana waqie yang hendak dibicarakan,” katanya.

Tegas Timbalan Presiden AMANAH itu, Hadi membuat deduksi yang tidak tepat dengan waqie' seolah keseluruhan tulisan itu berada di awang-awangan dan terdedah kepada manipulasi.

“Falasi pertama isu Nik Elin dalam tulisan Hadi ialah dengan membuat rumusan bahawa semua proses ini adalah menentang ‘syariat dan menentang syariat ialah menentang Allah’. Falasi kedua ialah menganggap keputusan hakim-hakim dalam berpihak kepada Nik Elin adalah terdiri daripada mereka yang minda dan akalnya dikuasai tulisan pemikiran penjajah (bijaksini).

“Falasi ketiga ialah beliau mengheret Institusi Raja seolah Raja-raja Melayu tidak lagi punya agenda memartabatkan syariah. Tulisan beliau memukau pentaksubnya kerana penampilan keulamakannya lalu mereka tenggelam dalam lautan falasinya menyangkakan ianya satu kebenaran,” katanya, kesal.

Mujahid menarik perhatian, Hadi gagal memahami tugas dan fungsi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam (MKI) yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

“Secara institusinya MKI adalah badan berotoriti tertinggi yang diperbuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu. Isu berkaitan otoriti Islam diberi kuasa bertaraf Institusi yang mempunyai mekanisma lebih luas dan berkuasa. 

“Malah arahan menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk tangani isu kompetensi antara kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Persekutuan datang dari arahan MKI,” katanya.

Sultan Sharafuddin pada 29 Februari lalu menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat Presiden PAS tersebut, yang ditujukan kepada alim ulama, peguam, hakim, ahli-ahli parlimen, Dewan Undangan Negeri dan Raja-Raja Melayu.

Baginda bertitah, kenyataan Hadi yang dibuat secara terbuka di media sosial itu menggambarkan bahawa beliau tidak membaca secara menyeluruh dan mendalam titah ucapan Sultan Selangor tersebut serta tidak memahami intipati titah ucapan baginda khususnya berkaitan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin yang mencabar keabsahan 16 peruntukan kesalahan jenayah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.

"Kenyataan sinis Tan Sri Hadi itu, secara tidak langsung mengaitkan titah ucapan Baginda dengan sikap Raja-raja yang perlu berwawasan kepada kehidupan akhirat dan tidak mengejar kepentingan dunia semata-mata adalah satu kenyataan yang amat tidak bersesuaian serta tidak beradab dari sudut budaya orang Melayu yang sentiasa menghormati dan memelihara adab ketika menyuarakan pandangan dan nasihat kepada Raja-Raja Melayu," titah baginda. - Getaran, 3 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

PAS Harus Terima Kenyataan, Pembatalan 16 Peruntukan EJSK Bukti Kelemahan DUN Kelantan

2

Politik 2 tahun yang lalu

Berhentilah Bodohkan Rakyat, Henti Timbulkan Tuduhan Jahat Pada Kerajaan - Mujahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Muktamar Dah Habis, PAS Bila Nak Bayaq Hutang?’ 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tak Lagi Bersabar, Akhirnya Mujahid Saman Dusuki RM1 Juta

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Pelajar Perempuan Sekolah Di Sabah Didakwa Atas Tuduhan Merusuh

oleh Sophia Ahmad