web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Salah Guna Kuasa Anak Lelaki: MB Perlis Beri Keterangan Di SPRM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 4:29PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hari ini memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, berhubung kes salah guna kuasa membabitkan anak lelakinya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

“Pegawai saya juga mahu Mohd Shukri menjawab beberapa dakwaan terhadapnya,” katanya seperti dipetik daripada laporan portal The Star.

Menurut Azam, pihaknya akan menentukan sama ada wujud keperluan untuk menahan dengan lebih lama Menteri Besar Perlis itu, selepas kenyataannya diambil.

Terdahulu, media melaporkan Mohd  Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis ditahan selepas dipanggil untuk memberi keterangan pagi tadi.

Bagaimanapun, dalam hantaran Facebook Mohd Shukri memaklumkan beliau tidak ditahan, sebaliknya dibenarkan pulang selepas memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

“MB tidak direman. Telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan,” kata pengendali Facebook Mohd Shukri.

Baru-baru ini, Mohd Shukri berkata, beliau menyerahkan kepada SPRM untuk menjalankan siasatan ke atas anaknya, berkaitan kes memalsukan tuntutan berjumlah RM600,000 membabitkan kontrak kerja awam kerajaan.

Selain anak Mohd Shukri, turut ditahan empat lagi individu bagi membantu siasatan kes berkenaan yang membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022, di mana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

Media melaporkan siasatan SPRM turut membabitkan dakwaan mengenai penyediaan minuman untuk kegunaan Raja Perlis yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Dokumen arahan pembayaran mengenainya dilaporkan turut tular di media sosial.

Berdasarkan dokumen arahan pembayaran kepada bertarikh 19 Februari tahun ini, ia membabitkan bayaran berjumlah RM19,505.10 dan difahamkan tiada sebarang air minuman yang dibekalkan kepada Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail seperti mana butiran dokumen berkenaan. - Getaran, 30 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad