web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia Tewaskan China Acara Regu

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2024 8:37AM

Aksi pemain Malaysia ketika menentang pasukan China pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. - Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini semalam.

Gandingan negara yang dibarisi Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (apit kiri) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) tidak berdepan masalah untuk memenangi set pertama 15-6.

Pada set kedua, Malaysia membuat dua pertukaran dengan Muhammad Shahalril Aiman Halim menggantikan Mohamad Azlan dan Muhammad Haziq Hairul Nizam menggantikan Mohammad Syahir sebelum menundukkan trio China, dibarisi Ai Liang, Qin Hao dan Fan Xu, 15-7.

Malaysia akan turun pada perlawanan kedua Kumpulan B menentang Brunei esok.

Sementara itu Farhan ketika ditemui pemberita menyifatkan kemenangan berdepan China tidak mudah memandangkan Malaysia masih belum menemui rentak permainan seperti yang diinginkan.

"Insya-Allah untuk perlawanan seterusnya kami akan tingkatkan lagi permainan," katanya.

Turut mencatat kemenangan pada perlawanan pertama kumpulan hari ini, kuasa besar sepak takraw, Thailand yang menjinakkan Vietnam, 15-7, 15-8 dan akan bertemu Indonesia pada perlawanan kedua Kumpulan A.

Dalam pada itu India menewaskan Jepun 15-10, 15-7 dan akan bertemu Myanmar di perlawanan kedua Kumpulan D.

Manakala Korea Selatan yang menewaskan Filipina 15-12, 8-15, 15-11 akan bertemu Singapura di perlawanan kedua Kumpulan C.

Kesemua perlawanan kedua acara regu peringkat kumpulan akan berlangsung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Thailand Ranap Misi Malaysia Pertahan Emas Antara Regu Lelaki

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Presiden Istaf, Charouck Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Bekas Pemain Sepak Takraw Negara Adnan Saidin Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 3 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad