web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Presiden Istaf, Charouck Meninggal Dunia Akibat Sakit Tua

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 8:19AM

Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) berkongsi berita kematian Presiden ISTAF, Charouck Arirachakaran di akaun Facebook rasminya. gambar FB PSM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Arena sepak takraw dunia hari ini menerima perkhabaran duka susulan pemergian Presiden Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF), Charouck Arirachakaran, yang meninggal dunia di kediamannya di Bangkok, hari ini. 

Setiausaha Agung ISTAF, Datuk Abdul Halim Kader, berkata mendiang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 91 tahun pada kira-kira jam 4 petang tadi (waktu tempatan) akibat sakit tua. 

“Beliau adalah seorang yang gigih dalam menubuhkan ISTAF dan akhirnya melancarkannya pada 1992. Kami bersama-sama dalam jawatankuasa mengelola ISTAF dan jasa beliau akan sentiasa diingati.

“Beliau adalah seorang pemimpin berwawasan, penyokong gigih untuk sukan itu dan penggerak di sebalik perkembangan sukan itu di peringkat antarabangsa. Pemergiannya amat dirasai di seluruh dunia sepak takraw,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Selain sebagai Presiden ISTAF, Charouck, yang dilahirkan pada 9 Dis 1932, juga menerajui Persatuan Sepaktakraw Thailand (TAT) bermula 1987 selain menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) sejak 1995.

Charouck menerajui ISTAF sejak penubuhannya pada Mac 1992 di Bangkok, manakala sebagai Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) bermula 15 Dis 1985. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar