web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jadilah Wanita Yang 'Mahal',  Usah Bergaduh Rebut 'Buaya' - Thalia Baiduri

Pelihara maruah dan harga diri, wanita tidak perlu 'bercakaran' hanya kerana inginkan perhatian lelaki 

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2024 4:13PM

gambar Instagram @thaliabaiduri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri menasihatkan semua wanita supaya memelihara darjat serta harga diri masing-masing dan jangan bergaduh hanya disebabkan seekor 'buaya'.

Menerusi penstriman langsung di TikTok malam tadi, Thalia berkata, dia ingin melihat golongan berkenaan menjaga maruah dalam setiap tindakan diambil.

Jelas pelakon drama Cinta Dalam Hati yang bergandingan bersama dengan Remy Ishak itu, harga diri wanita terlalu mahal untuk direndahkan hanya demi merebut cinta lelaki.

"Sebagai orang yang pernah dalam industri dan saya juga seorang wanita, saya harap tak payah kita bergaduh untuk satu buaya atau kumbang.

"Wanita kena jaga value awak, awak semua cantik, kenapa kita nak gaduh sesama kita dan buka aib sana buka aib sini.

"Macam rendah sangat darjat kita, kita wanita kena jadi mahal, bukan berlumba-lumba buka aib sesama kita, Astaghfirullah takut saya," katanya dalam sesi langsung itu.

Kata-kata Thalia itu turut mendapat sokongan netizen yang bersetuju bahawa wanita perlu ada nilai dan harga diri tersendiri.

"Setuju Tin (Datin), kita (wanita) ada nilai," kata Sim Ahza.

Thalia yang juga pengusaha produk makanan tambahan untuk kecantikan Dolly Milk dan jenama fesyen Talia berkata, industri hiburan Malaysia juga kecil, justeru tidak wajar untuk artis bertelagah sesama sendiri.

"Industri kita kecil, pusing -pusing akan jumpa muka yang sama, lebih baik berhenti bercakap yang bukan-bukan," katanya.

Namun, Thalia mengakui cinta juga membuatkan seseorang itu buta dan melakukan tindakan tidak sepatutnya, namun penyesalan pasti akan dirasai di kemudian hari.

" Memang cinta itu buta, kita semua dan saya pun pernah muda, contoh macam mak kita halang jangan keluar dengan orang itu, kita nak juga sebab darah muda yang dihalang itulah yang dibuat.

"Percayalah cakap saya nanti kemudian sesalan akan datang dan (barulah) kita tahu kenapa mak kita halang," katanya.

Ibu kepada empat cahaya mata itu juga berharap netizen dan pihak lain tidak menghangatkan isu yang sedang panas ketika ini.

"Saya berharap semua pihak jangan menambah-nambah dalam isu ini yang memalukan dan dibaca oleh semua peringkat umur.

"Saya sendiri seorang ibu yang ada anak perempuan dan anak lelaki, memang takut bila baca pendedahan yang dibuat.

"Saya selalu berdoa dan beringat jangan seronok melihat aib orang kerana bimbang boleh terkena kepada kita, doa yang baik-baik," katanya, merujuk kepada pendedahan seorang wanita warga Singapura dalam episod curang pelakon Aliff Aziz.

Dalam siri pendedahannya, wanita terbabit, Sarah Yasmine turut memetik nama beberapa selebriti lain termasuk Ruhainies, Sophia Albarakbah dan Meerqeen.

Ia mendorong beberapa penggiat seni, termasuk Erma Fatima dan Zed Zaidi berang dengan tindakannya yang disifatkan memalukan dan memburukkan nama industri hiburan tempatan. - Getaran, 1 Mei 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang