web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 34,000 Kes Penipuan Babit Kerugian RM1.2 Bilion Tahun Lalu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 1:01PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah 34,497 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM1.218 billion dilaporkan di seluruh negara tahun lalu, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Berdasarkan statistik 2023, beliau berkata, kes jenayah telekomunikasi seperti tipu peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS), tipu penyamaran di talian dan tipu panggilan telefon adalah antara kes tertinggi yang direkodkan dengan 10,348 kes membabitkan kerugian RM352.9 juta.

"Dalam isu ini juga Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) berperanan untuk menyelaras tindak balas pantas terhadap penipuan jenayah dalam talian.

"Untuk makluman, sepanjang tahun 2023, sebanyak 6,434 kertas siasatan telah dibuka melalui panggilan NSRC dengan melibatkan jumlah kerugian RM105.4 juta," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.

Shamsul Anuar berkata, daripada jumlah itu sebanyak RM17.5 juta berjaya disekat sebelum dikeluarkan oleh penjenayah dan kira- kira RM178,000 jumlah sitaan dipulangkan kepada mangsa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Manolan Mohamad mengenai langkah-langkah kementerian bagi mengatasi isu scammer atau penipu yang mengakibatkan kerugian dan kehilangan wang dalam akaun simpanan mangsa.

Shamsul Anuar berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga melaksanakan pelbagai inisiatif untuk memerangi jenayah penipuan dalam talian antaranya perkhidmatan portal Semak Mule dan mewujudkan platform media sosial bagi menyampaikan maklumat terkini mengenai jenayah scam kepada masyarakat.

Katanya, sepanjang 2023, sebanyak 1,610 pameran dan 3,727 ceramah berkaitan scam telah dianjurkan bagi memberikan pencerahan serta kesedaran kepada masyarakat mengenai jenayah itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pelajar IPT Rugi Lebih RM13,000 Terpedaya Tawaran Kerja Dalam Talian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

4

Semasa 2 tahun yang lalu

383 Kes Penipuan Dalam Talian Libatkan Kerugian RM5.1 Juta Di Perlis

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad