web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hati-Hati, Tiada Pegawai Akan Hubungi Orang Awam - Kementerian Digital

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2024 12:29PM

gambar akaun X Kementerian Digital

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Digital mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menerima panggilan telefon daripada individu yang menyamar sebagai pegawai daripada kementerian itu.

Dalam perkongsian di akaun X, kementerian itu berkata, mereka tidak pernah mengarahkan mana-mana pegawai untuk menghubungi orang awam mengenai isu penipuan dalam talian dan salah guna nombor telefon.

"Kementerian Digital tidak pernah mengarahkan mana-mana pegawai Kementerian Digital untuk menghubungi orang awam berkenaan penipuan atas talian dan salah guna nombor telefon.

"Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dengan individu yang mendakwa mereka seorang 'pegawai Kementerian Digital' melalui panggilan telefon." katanya.

Sebelum ini, Kementerian Komunikasi dilaporkan turut berdepan masalah sama apabila berjaya mengesan identiti beberapa pegawai kanan kementerian itu disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan memperdayakan orang ramai.

Ia didedahkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching dan berkata maklumat pegawai kementerian yang mudah diperolehi menerusi laman sesawang dijadikan samaran pihak sindiket melakukan penipuan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terjerat dengan penyamaran yang dilakukan.

Baru-baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa sejumlah 34,497 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM1.218 billion dilaporkan di seluruh negara tahun lalu.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berdasarkan statistik 2023, kes jenayah telekomunikasi seperti tipu peraduan khidmat pesanan ringkas (SMS), tipu penyamaran di talian dan tipu panggilan telefon merupakan antara kes tertinggi yang direkodkan dengan 10,348 kes membabitkan kerugian RM352.9 juta. - Getaran, 2 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kementerian Digital Terajui Usaha Transformasi Digital, Tingkat Daya Saing Negara

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad