web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Digital Terajui Usaha Transformasi Digital, Tingkat Daya Saing Negara

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jan 2024 12:26PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan warga kerja Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga JPM bagi bulan Januari 2024 di Puspanitapuri hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Digital dibentuk untuk menerajui usaha transformasi digital supaya negara tidak ketinggalan dan dapat bersaing pantas, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, kementerian khas itu, yang wujud susulan rombakan Kabinet pada bulan lalu, dibentuk kerana memikirkan Malaysia tidak mampu bersaing dengan pantas mengikut tahap kelajuan yang dicapai oleh negara tanpa memberi fokus dalam bidang digital.

"Program digital harus dilakukan dengan lebih drastik, agresif daripada yang dahulu, kalau tidak, kita akan ketinggalan," katanya pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Beliau berkata, dalam keghairahan memacu pertumbuhan ekonomi, digital, meningkat mutu pendidikan dan kesihatan; soal nilai kemanusiaan, keadilan dan akhlak yang baik tidak harus ditinggalkan.

"Digital itu melibatkan soal nilai. la satu prakasa baharu yang menekan soal teknologi baharu, tetapi kita mesti mengakar ke bumi. Kita ada sistem keyakinan dan nilai kita. Hal ini harus kita dekati," katanya.

Dalam soal pendidikan, katanya, penguasaan bahasa Melayu harus lebih baik, namun peningkatan penguasaan bahasa Inggeris juga harus diberi keutamaan.

Sementara itu, Anwar berkata, segala langkah bagi mendukung usaha kerajaan harus merentasi kementerian dan jabatan sama, ada dalam soal undang-undang, pendidikan dan kesihatan.

"Janganlah fikir langkah lama ini jabatan saya, kementerian saya (sebaliknya) mesti merentasi kementerian. Kalau undang-undang, ia melibatkan semua; kalau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ia melibatkan semua, kalau tidak ia hanya jadi satu cabang kementerian agama yang tiada kaitan dengan lain," katanya.

"Mudah-mudahan dengan pendekatan ini dan Malaysia Productivity Corporation (MPC) untuk melanjutkan beberapa acara reform penjawat awam, kita dapat maju kedepan di tahun 2024 di tahap yang lebih cemerlang," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 5 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 17 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad