web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Alih, Pindah Kubur Di Selat Klang Ditangguh Seminggu – Amirudin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2024 9:57PM

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerja penggalian dan pemindahan 90 kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang bagi memberi laluan kepada pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijadualkan esok, ditangguhkan seminggu lagi.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata langkah itu untuk memberi ruang kepada waris yang belum menghadiri proses pemakluman dan pedengaran berhubung pemindahan kubur berkenaan untuk berbuat demikian. 

"Tadi kita (kerajaan negeri) ada bincang mengenai perkara ini dan kita putuskan tangguhkan lagi seminggu untuk beri ruang kepada 45 lagi keluarga yang belum datang pada proses pemakluman sebelum ini.

"Proses ini penting untuk kita menguruskan bantahan serta perkara berbangkit lain terhadap perubahan di tempat tersebut," katanya kepada pemberita pada Majlis Jalinan Aidilfitri PKNS di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini hari ini.

Semalam, media melaporkan sebahagian waris kubur di Tanah Perkuburan Selat Klang mendakwa tidak dimaklumkan berhubung pemindahan tapak tanah perkuburan berkenaan bagi memberi laluan kepada projek pembinaan rel.

Amirudin berkata, kerja penggalian dan pemindahan kubur tersebut membolehkan projek ECRL dilaksana mengikut pelan pembangunan asal bagi mengelakkan berlakunya perubahan lebih besar. 

"Sebagaimana sedia maklum, ECRL perlukan landasan yang lurus dan tidak boleh berbengkang-bengkok. Alihan kecil akan menyebabkan perubahan besar.

"Sebab itu kita seboleh mungkin mengekalkan tetapi (aspek)hukum agama dan sebagainya tiada masalah.

“Saya rasa sudah ada (penjelasan) mufti dan aturannya. Cuma isunya adalah kena beri penerangan kepada wakil waris," katanya.

Laluan ECRL di negeri ini melibatkan jajaran sepanjang 90.72 kilometer melalui daerah Gombak, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Klang. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar