web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kapal Bawa Sisa Plastik Dari AS Akan Diusir - Tuan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 5:04PM

Tuan Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kapal kontena dari Amerika Syarikat yang disyaki dalam perjalanan membawa sisa plastik ke negara ini akan diusir sebaik sahaja kapal itu berlabuh dan pemeriksaan berkaitan selesai dilakukan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tun Man.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak berkuasa pelabuhan untuk memantau dan menahan kapal tersebut  apabila tiba di Pelabuhan Klang.

“Apabila kapal berlabuh di Pelabuhan Klang, kita akan menyemak dengan teliti keadaan sisa plastik dalam kontena. Sekarang, kita berhubung dengan pihak pelabuhan dan kastam untuk menunggu kapal itu yang dijangka sampai di Pelabuhan Klang hari ini dan menahan kontenanya di kawasan pelabuhan.

“Kita juga akan maklumkan kepada pihak berkuasa berkaitan di Amerika Syarikat mengenai pengimportan sisa plastik ke negara berkenaan sama ada ia dicemari dengan bahan buangan terjadual atau bahan kimia sebelum dihantar balik ke negara asal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim yang ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari Air Sedunia peringkat negeri Perak yang dirasmikan Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad, diminta mengulas perkembangan terkini isu tersebut.

Dua hari lepas, menteri itu dilaporkan berkata Jabatan Alam Sekitar tidak menerima sebarang permohonan pengimportan sisa plastik tersebut yang disyaki dibawa dari Los Angeles.

Mengulas isu berbeza, Tuan Ibrahim mencadangkan negeri berjiran yang berkongsi sungai utama bekerjasama membina loji rawatan air (LRA) di lembangan sungai itu bagi menjimatkan kos.

“Kita mempunyai idea supaya loji-loji air ini akan berkongsi antara negeri jadi boleh dibekalkan kepada dua negeri. Itulah mekanismenya.

“Kalau satu loji boleh bekalkan air kepada dua-dua negeri kita akan jimat kos. Tetapi ini memerlukan rundingan di peringkat negeri,” katanya, menambah kementeriannya bersedia membantu dari segi khidmat nasihat kepada negeri yang berminat melaksanakan idea tersebut.

Terdahulu ketika berucap, Tuan Ibrahim berkata dua daripada tiga pakej projek pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Serantau dan Rangkaian Paip Pembetungan di Papan di daerah Kinta yang bernilai hampir RM2 bilion dijangka siap pada November ini.

Menurutnya  projek meliputi pembinaan rangkaian paip pembetungan sejauh 157 kilometer, 14 buah stesen pam dan sebuah loji rawatan kumbahan serantau yang boleh menampung kapasiti kumbahan bersamaan dengan 1.5 juta penduduk. 

“Melalui projek ini, 277 buah loji kecil di sekitar bandar raya Ipoh akan ditutup dan seterusnya mengelakkan berlakunya pencemaran ke atas saliran air yang disebabkan oleh pelepasan air sisa kumbahan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Indonesia Jiran Penting Malaysia, Perlu Saling Melengkapi Dan Bekerjasama - PM

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRN 6 Negeri Diramal Cipta 3 Senario - Kit Siang

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencemaran Air: Mahkamah Rayuan Beri Pampasan RM100,000 Kepada Syarikat Bekalan Air

4

Semasa 3 tahun yang lalu

NRECC Perkukuh Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 10 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad