web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indonesia Jiran Penting Malaysia, Perlu Saling Melengkapi Dan Bekerjasama - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2023 5:54PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Joko Widodo ketika mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia pada Januari lalu. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indonesia adalah jiran penting kepada Malaysia, justeru kedua-dua negara sepatutnya boleh saling melengkapi antara satu sama lain, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai banyak persamaan dan bekerjasama dengan baik dalam sektor kerajaan dan juga swasta.

“Saya fikir daripada bersaing dengan sengit, kita sepatutnya boleh saling melengkapi, dan itu menjadi 'semangat' perbualan saya dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo dan diikuti oleh industri,” katanya semasa temu bual eksklusif bersama program ‘The CNBC Conversation’ yang disiarkan hari ini.

Martin Soong, hos program temu bual itu bertanyakan kepada Anwar sama ada Malaysia akan bersaing dengan Indonesia untuk membina rantaian bekalan baterinya, daripada perlombongan hingga kepada pemasangan, susulan minat pelaburan oleh Tesla.

Perdana Menteri berkata Malaysia sudah mengeluarkan baterinya sendiri dan mampu menawarkan kelebihan kepada pembuat kenderaan elektrik (EV) itu.

“Pemahamannya, sudah tentu, untuk membeli bateri kami. Ia lebih murah dan dihasilkan di sini dan (ia memberi kelebihan), itulah yang mereka katakan, Mengapa mereka perlu membawa bateri dari seluruh dunia?

"Apa yang penting adalah kami mempunyai kapasiti untuk menghasilkan bahagian atau bateri yang diperlukan kereta," katanya.

Sementara itu, Anwar berkata, bukan sesuatu yang baharu bagi pelabur asing untuk memegang 100 peratus pemegangan saham ekuiti di Malaysia.

"Terdapat pengecualian yang diberikan bagi aktiviti atau pelaburan berkaitan transformasi digital atau teknologi maklumat (IT)... kami telah melakukannya pada masa lalu, (tetapi) sangat selektif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Tesla akan menjual kenderaan elektriknya di negara ini tanpa permit diluluskan (AP) adalah langkah 'sekatan tanpa lesen' sekali sahaja atau petanda yang menunjukkan pihak lain turut boleh berbuat demikian.

"Jadi isunya bukan hanya Elon Musk. Saya rasa amat diperlukan di negara ini untuk memberi keyakinan dan penyertaan pemain kami yang berminat dengan SpaceX, yang mana tiga syarikat Malaysia (yang) terlibat," katanya, tanpa mengulas lanjut. BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad