web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN 6 Negeri Diramal Cipta 3 Senario - Kit Siang

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 9:12AM

Lim Kit Siang - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung Ogos nanti diramalkan membawa bersama tiga senario.

Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang berkata, ada kemungkinan blok Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua enam negeri dan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu serta Kedah.

Menurut beliau, senario kedua pula menyaksikan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan terus ditadbir gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN), manakala Kedah, Kelantan serta Terengganu kekal berada di bawah penguasaan PN, dengan blok itu tewas 

tidak lebih daripada tiga kerusi di Kedah, tetapi menyapu bersih semua kerusi di Kelantan dan Terengganu.

“Ketiga, gabungan PH-BN meraih majoriti dua pertiga di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, tetapi pada masa sama mencatatkan kemajuan di Kedah, Kelantan, dan Terengganu dengan memenangi lebih dari tiga kerusi di Kedah serta memecahkan monopoli PN di Kelantan dan Terengganu,” katanya menerusi hantaran di blok.

Jelas Kit Siang, PN telah memulakan pelancaran perang saraf, termasuk menyatakan keyakinan untuk blok tersebut memenangi hampir 20 kerusi bagi memperoleh majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang yang memiliki 40 kerusi.

“Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengingatkan Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai di Konvesyen PN di Pulau Pinang bahawa PN hanya memerlukan 21 kerusi untuk mendapatkan majoriti mudah dan meminta GERAKAN mendapatkan satu peratus undi lagi untuk membolehkan mereka merampas kuasa di negeri itu,” katanya.

Beliau memberitahu, Setiausaha Perhubungan PN Selangor, Dr Afif Bahardin pula telah menyatakan keyakinan yang gabungan tersebut boleh merampas Selangor kerana ‘peningkatan sokongan’ dalam kalangan pengundi di Selangor.

“Sebelum ini, pemimpin PAS telah menyatakan secara terbuka yang PN boleh membentuk kerajaan negeri Selangor, mempunyai peluang 50-50 untuk membentuk kerajaan di Negeri Sembilan dan mencatatkan kemajuan di Pulau Pinang.

“Mereka juga yakin Kerajaan  Perpaduan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menang lebih dari tiga kerusi di Kedah dan PN akan menyapu bersih semua kerusi di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Tegas Kit Siang, selera pemimpin PN semakin membesar sehingga yakin yang mereka akan memenangi kesemua PRN berkenaan.

Beliau menarik perhatian, keputusan PRN bagaimanapun tidak ditentukan oleh pemimpin politik atau tukang penyebar propaganda, sebaliknya kuasa memilih terletak di tangan pengundi.

“Enam PRN pada  Ogos ini akan menentukan sama ada pengundi percaya kepada penipuan, fitnah, berita palsu dan ucapan kebencian pemimpin PN atau pengundi akan memilih demi masa hadapan Malaysia,” katanya. - Getaran, 25 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

2

Politik 2 tahun yang lalu

Petisyen Pilihan Raya 4 Kerusi Dikemukakan Dalam Masa Terdekat - MB Selangor

3

Politik 2 tahun yang lalu

Keputusan, Penyata Pengundian PRN, PRK Kuala Terengganu Sudah Diwartakan - SPR

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad