web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Rakam Keterangan Lim Kit Siang Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Dec 2023 8:03AM

Ahli politik veteran, Tan Sri Lim Kit Siang. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia akan mengambil keterangan daripada ahli politik veteran Tan Sri Lim Kit Siang Rabu ini susulan penulisan di laman blog beliau yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan Perdana Menteri Malaysia.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung kandungan penulisan veteran politik itu yang dimuat naik di blog limkitsiang.com pada 30 November lalu bertajuk Perlembagaan Malaysia menjanjikan Impian Malaysia dan bukannya impian etnik tunggal memandangkan Perlembagaan ini tidak menghalang seorang bukan Melayu daripada menjadi seorang Perdana Menteri.

“Rakaman percakapan itu akan diambil oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/ Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihat agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” menurutnya dalam kenyataan, semalam.

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa prihatin terhadap isu sensitif dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam serta keharmonian negara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bayi Maut Dicampak: Polis Rakam Keterangan 2 Individu

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Tun, Boleh Lawat Pameran Rukun Negara Jika Masih Kritik Prinsip Majmuk’

3

Politik 2 tahun yang lalu

Ini Bukan Tsunami PN, Mereka Masih Gagal Tumbangkan Kerajaan – Kit Siang 

4

Politik 2 tahun yang lalu

Titah Agong Perlu Dipatuhi, Bentuk Kestabilan Politik Negara - Kit Siang

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 12 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Warga SPRM Wajib Isytihar Harta Dalam Tempoh Sebulan - KP SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran