web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


NRECC Perkukuh Kerjasama Dengan Kerajaan Negeri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 9:15AM

Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, antara inisiatif itu ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melaksanakan projek berkaitan tebatan banjir termasuk saliran mesra alam bagi mengurangkan risiko banjir di Kelantan dan Terengganu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Komitmen kerajaan pusat dengan kerajaan negeri akan terus dipertingkatkan melalui beberapa inisiatif untuk kebajikan rakyat, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata antara inisiatif itu ialah Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC)  melaksanakan projek berkaitan tebatan banjir termasuk saliran mesra alam bagi mengurangkan risiko banjir di Kelantan dan Terengganu.

"Sebahagian daripada projek dijalankan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di bawah pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) juga sedang dijalankan, sekali gus meningkatkan bilangan penduduk yang dilindungi daripada kesan banjir sebelum ini.

Di Kelantan sahaja terdapat dua projek utama RTB dalam pelaksanaan iaitu Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dengan kos RM456 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Alam Kita di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam ini.

Nik Nazmi berkata selari dengan jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu  mempercepatkan projek tebatan banjir, agensi berkaitan diminta menyegerakan laporan berhubung PLSB untuk tindakan selanjutnya. 

"Kerajaan sentiasa bersedia dan menambah baik kelemahan dikenal pasti bagi memastikan impak besar akibat musibah banjir tidak berulang.

Kementerian juga sedang melaksanakan beberapa tindakan lain, antaranya kerja penyelenggaraan saliran melalui pendekatan Pengurusan Banjir Secara Bersepadu termasuk membangunkan struktur berkonsepkan 'make room for water'," katanya.

Beliau berkata pihaknya turut menaik taraf sistem pengurusan banjir, pantai dan sungai utama serta meningkatkan tahap perlindungan reka bentuk infrastruktur saliran dan pantai. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar