web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pencemaran Air: Mahkamah Rayuan Beri Pampasan RM100,000 Kepada Syarikat Bekalan Air

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 8:54PM

SAJ Ranhill Sdn Bhd telah menyaman kedua-dua syarikat dengan mendakwa ia mengalami kerugian selepas loji rawatan air kendaliannya terpaksa sebanyak lapan kali antara 2016 dan 2018 susulan insiden kebocoran efluen yang tidak dirawat serta bahan larut resap yang berasal dari tapak pelupusan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan telah memberikan pampasan sebanyak RM100,000 kepada SAJ Ranhill Sdn Bhd dalam saman kecuaian yang difailkan oleh syarikat bekalan air itu terhadap dua pengendali tapak pelupusan sampah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Has Zanah Mehat, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan SAJ Ranhill, pengendali loji rawatan air di Simpang Renggam, Kluang, Johor untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang menolak samannya pada 2021.

Dalam penghakiman bertulis setebal 28 muka surat bertarikh 19 Mei lepas, See berkata mahkamah mendapati SWM Greentech Sdn Bhd dan SWM Environment Sdn Bhd bertanggungjawab atas kecuaian dan memerintahkan kedua-dua syarikat membayar pampasan kepada SAJ Ranhill.

SAJ Ranhill Sdn Bhd telah menyaman kedua-dua syarikat dengan mendakwa ia mengalami kerugian selepas loji rawatan air kendaliannya terpaksa sebanyak lapan kali antara 2016 dan 2018 susulan insiden kebocoran efluen yang tidak dirawat serta bahan larut resap yang berasal dari tapak pelupusan.

Tumpahan itu telah menyebabkan pencemaran ammonia di Sungai Benut di mana SAJ Ranhill mengekstrak air mentah sebelum merawatnya di loji rawatan air kendalian syarikat itu sebelum disalur kepada pengguna di Johor.

See berkata pakar yang dikemukakan oleh SAJ Ranhill sebagai saksi iaitu Dr Maketab Mohamed telah memberi keterangan bahawa punca pencemaran ammonia di Sungai Benut pada tarikh penutupan loji rawatan air adalah disebabkan oleh limpahan bahan larut resap dari tapak pelupusan.

Beliau berkata keterangan Dr Maketab mengenai tumpahan bahan larut resap dari tapak pelupusan yang membawa kepada pencemaran ammonia disokong oleh keterangan Pengarah Badan Kawal Selia Air Johor (BAKAJ) Mohd Riduan Mohd Ali yang ke lokasi terbabit untuk menentukan punca pencemaran itu.

Katanya kedua-dua syarikat melalui surat peguam masing-masing bertarikh 27 April 2018 tellah mengaku menyebabkan tumpahan bahan larut resap ke Sungai Benut pada November 2016 serta beberapa kes pada 2017 dan awal 2018.

Menerusi saman itu, SAJ Ranhill menuntut pampasan lebih RM1.6 juta bagi penutupan loji rawatan air kendaliannya termasuk kerugian ekonomi tulen.

Bagaimanapun, See berkata mahkamah hanya memberikan ganti rugi nominal RM100,000 sebagai pampasan kepada syarikat itu serta kos guaman RM100,000 untuk prosiding di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Chef Wan Diarah Bayar RM150,000 Kerana Fitnah Bekas Menantu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendakwaan Kemukakan 2 Naratif Berbeza Dalam Perbicaraan Kes - Hakim

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kelucahan Melampau: Bekas Mudir Madrasah Kekal Jalani Hukuman Penjara 13 Bulan

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Didakwa Lakukan Amang Seksual Fizikal Terhadap Anak, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad