Berita Terkini

11 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Keluarkan Wang Yayasan Akalbudi RM9.3 Juta Selepas PRU14

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 4:20PM

Ahmad Zahid (kanan) meninggalkan Mahkamah Tinggi selepas perbicaraan kesnya hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan wang berjumlah RM9,302,823.66 daripada akaun Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Saksi pendakwaan terakhir yang juga Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Khairudin Kilau, 44, berkata hasil siasatannya, wang tersebut yang dikeluarkan pada 28 Mei 2018, dipindahkan ke akaun Yayasan Al-Falah milik adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi.

“Pemindahan wang itu terletak pada kuasa tertuduh (Ahmad Zahid) kerana beliau penandatangan tunggal dalam Yayasan Akalbudi,” jawabnya ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt semasa pemeriksaan utama mengenai pengeluaran wang tersebut.

Saksi pendakwaan ke-99 itu berkata demikian pada hari ke-52 perbicaraan Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan jutaan ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Ditanya Lee, mengenai tujuan pemindahan wang tersebut, Khairudin menjawab: “Saya tidak berapa jelas. Minit mesyuarat atau resolusi mengenai pemindahan wang itu juga tidak ditemui.”

Mengenai transaksi keluar masuk wang Yayasan Akalbudi dalam tempoh 12 Disember 2012 hingga 31 Mei 2018, saksi itu berkata berdasarkan penyata akaun Affin Bank Berhad milik Yayasan Akalbudi, terdapat keluar masuk wang lebih kurang RM100 juta.

Ketika membacakan pernyataan saksinya, Khairudin berkata sebanyak RM360,000 wang Yayasan Akalbudi dikeluarkan untuk dibayar kepada TS Consultancy & Resources bagi menjalankan soal selidik dan kajian pengundi pilihan raya.

“Berdasarkan dokumen-dokumen dan maklumat saksi-saksi, isu bayaran kepada TS Consultancy & Resources menunjukkan ia digunakan untuk menjalankan soal selidik dan kajian pengundi.

“Pemilik syarikat iaitu Jasni Majid dan Sabri Said mengesahkan bahawa syarikat TS Consultancy ditubuh pada 2015 bagi program pendaftaran pengundi di lapangan dengan kerjasama parti UMNO dan di awal penubuhan menerima dana daripada pejabat parti UMNO,” katanya.

Mengenai penubuhan Yayasan Akalbudi, saksi itu berkata pejabat yayasan tersebut tidak pernah beroperasi di alamat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Berdasarkan notis pendaftaran SSM, yayasan itu didaftarkan di alamat 69E-4, Jalan Raja Abdullah di sini.

Khairudin berkata hasil pemeriksaannya di alamat tersebut bagi mendapatkan laporan tahunan, laporan audit serta minit mesyuarat Yayasan Akalbudi, mendapati yayasan itu tidak beroperasi di alamat berkenaan.

“Dokumen-dokumen tersebut tidak ditemui kerana alamat yang didaftarkan dengan SSM, tiada pejabat Yayasan Akalbudi beroperasi di situ,” katanya dan memberitahu bahawa Yayasan Akalbudi tidak pernah menyerahkan dokumen-dokumen tersebut kepada SSM.

Ditanya Lee, jika saksi ada bertanya kepada Setiausaha Yayasan Akalbudi, Mahinder Kaur Teja Singh mengenai dokumen-dokumen itu, Khairudin menjawab: “Beliau (Mahinder) kata tak simpan dokumen berkenaan, tidak pernah mengadakan mesyuarat serta tidak menyediakan laporan audit yayasan itu.

“Beliau (Mahinder) memberitahu bahawa tiada arahan daripada pengurusan Yayasan Akalbudi untuk membuat mesyuarat atau menyediakan laporan audit,” kata saksi itu.

Khairudin juga berkata siasatannya mendapati Tetuan Lewis & Co bukan pemegang amanah atau peguam kepada Yayasan Akalbudi seperti yang dicadangkan pihak pembelaan sepanjang perbicaraan kes tersebut.

“Pelanggan Lewis & Co ialah Yayasan Al-Falah dan Ahmad Zahid sendiri. Lewis & Co menguruskan bagi kes-kes sivil Ahmad Zahid,” katanya dan menambah bahawa tiada hubungan rasmi di antara Yayasan Akalbudi dan Yayasan Al-Falah.

Khairudin adalah pegawai penyiasat SPRM ke-10 yang dipanggil pihak pendakwaan.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

2

Semasa 6 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

3

Luar Negara 4 minggu yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

NGO Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli KKB

oleh Noel Achariam

Semasa 3 jam yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

FINAS Taja Caruman SKSPS 4,500 Penggiat  Seni Untuk Setahun - Fahmi