Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Hukum Pemilik Ekzos Bising, Zalimkah Pihak Berkuasa?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2021 8:00AM

Sebuah motosikal yang sudah diubah suai ekzosnya. - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pihak berkuasa mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan yang mengubah suai ekzos bising mencetuskan reaksi berbeza pelbagai pihak.

Ketika ada yang bersetuju dan menyifatkan ia sebagai sesuatu yang wajar, ramai pula mempertikaikan tindakan berkenaan kerana beranggapan, ia satu tindakan berat sebelah sekali gus menzalimi pengguna jalan raya, khususnya golongan muda.

Ia sedikit sebanyak menimbulkan persoalan, siapa yang harus mengalah, dan apa sebenarnya tindakan wajar diambil?

Mahu dibiarkan, ramai sedia meluat dengan bunyi bising keterlaluan yang disifatkan mengganggu ketenteraman, tetapi jika mahu diambil tindakan, bagaimana halnya dengan nasib pesalah itu? Salahkah mereka jika ia hanya sekadar hobi?

Bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Hamid berkata, penggunaan ekzos bising adalah pilihan pengguna jalan raya.

Wazi Abdul Hamid
Wazi Abdul Hamid

“Pada pendapat saya, penggunaan ekzos ‘perang’  ini merupakan pilihan individu itu sendiri. Jika sudah tahu ia satu kesalahan, kenapa masih mahu gunakan lagi, dan menuding jari kepada orang lain?

“Dari segi undang-undang salah tetap salah, kerana ada sesetengah pengguna motosikal membuat pengubahsuaian melampau sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya kepada Getaran.

Bekas pelumba terkenal dengan jolokan ‘Raja Kapcai’ itu juga berkata, beliau menyokong usaha pihak berkuasa membendung penggunaan ekzos motosikal yang diubah suai dan bingit, serta menjadi trend pengguna motosikal terutama di kalangan remaja.

“Ada juga golongan remaja sekarang ini terikut-ikut dengan trend bertukar kepada ekzos ‘perang’ semata-mata untuk menarik perhatian orang.

“Sudah ubah suai kenderaan, habis semua tempat ditayang. Muat naik gambar kenderaan sana-sini sehingga viral dan minta pujian orang ramai. Kategori seperti ini memang wajar disaman kerana mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Ditanya jika pengubahsuaian ‘ekzos perang’ membantu meningkatkan kelajuan motosikal, beliau berkata andaian itu hanya satu mitos mengarut, yang direka untuk ‘membenarkan’ perbuatan itu.

“Ada bahagian motosikal lain yang perlu diubah suai jika mahu meningkatkan pecutan motosikal, bukan hanya ekzos. Kalau ada pun peningkatan pecutan pun hanya sedikit, tak sampai 30 peratus,” katanya lagi.

Jelas Wazi, tindakan pihak berkuasa yang mengenakan denda kepada pesalah adalah sesuatu yang wajar, namun pada masa sama beliau berharap jumlah kompaun itu dapat dikurangkan agar tidak terlalu membebankan.

“Mungkin ada di antara mereka yang ditahan adalah individu yang terkesan dengan pandemik COVID-19. Dalam soal ini, saya berharap agar pihak berkuasa menggunakan budi bicara ketika mengambil tindakan,” katanya.

Pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman turut sependapat dengan Wazi, dan menyifatkan tindakan terbabit sebagai tepat pada masanya.

Azlan Shah Kamaruzaman
Azlan Shah Kamaruzaman

“Saya menyokong tindakan pihak berkuasa yang mengambil tindakan tegas seperti ini, terutama kepada pelumba motosikal haram atau mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman dan melanggar peraturan jalan raya.

“Sekurang-kurangnya, pelaksanaan undang-undang seperti ini akan memberi pengajaran kepada mereka yang melanggar peraturan jalan raya,” katanya.

Bekas pelumba Moto2 negara itu menambah, kerajaan seharusnya memupuk kesedaran masyarakat khususnya golongan belia berkenaan isu tersebut menggunakan pendekatan berasaskan pendidikan.

“Cuma dari sudut hukuman yang dikenakan itu, saya harap agar pihak berkuasa boleh pertimbangkan sedikit.

“Jumlah yang dikenakan agak tinggi, dan tidak semua mampu membayarnya, apatah lagi dalam keadaan masing-masing terkesan akibat COVID-19. Mungkin pihak berkuasa boleh menimbangkan kemungkinan untuk mengurangkan denda atau hukuman terbabit,” katanya.

Statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mendapati, 10,166 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ketika Operasi Khas Ubahsuai Ekzos di seluruh negara, bermula 1 hingga 5 Mac lalu.

Menurut JSPT, operasi berkenaan turut memeriksa 26,239 kenderaan mencakupi 12,709 motosikal, 8,678 kereta dan 4,852 lain-lain kenderaan.

Tindakan saman bagi ubahsuai ekzos boleh dilakukan mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Di bawah peraturan itu, mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian ekzos adalah menjadi satu kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan jika sabit kesalahan.

Peruntukan Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 pula membolehkan polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal bagi mengelakkan kesalahan sama berulang. - Getaran, 14 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 jam yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Hina Ngepan Indu, Pempengaruh Didenda RM10,000

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

Sorotan

1

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

7

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

3 Beranak Terselamat Dari Maut, Kereta 'Total Loss' Jatuh Gaung

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 1 hari yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Sukan 4 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara