web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2024 2:52PM

Pemilik Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah sebelum ini telah dipanggil untuk memberi penjelasan – Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pemilik resort di sebuah pulau peranginan yang menganjurkan pesta liar baru-baru ini dikenakan denda sebanyak RM25,000.

Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kompaun akan dikeluarkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pemilik resort tersebut dalam masa terdekat.

"Ini berikutan penganjuran sebuah parti pada 20 Mei yang melanggar kesalahan bawah Sub Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan & Tempat-tempat Hiburan 2002 negeri Terengganu.

"Daripada penjelasan pihak Summer Bay Resort, kita dapati banyak perkara yang mereka langgar termasuk tatasusila, prosedur operasi standard (SOP) dan tatacara mesra muslim di negeri ini," katanya dalam satu sidang media di pejabat kerajaan negeri, Wisma Darul Iman.

Terdahulu kerajaan negeri memanggil pemilik resort, Summer Bay Resort di Pulau Lang Tengah bagi memberi penjelasan mengenai penganjuran parti kontroversi yang mengundang kecaman orang ramai.

Mengulas lanjut Razali berkata, mereka turut dimaklumkan bahawa ini bukan pertama kali penganjuran parti seumpama itu dibuat.

Katanya pemilik resort itu telah menganjurkan parti tersebut sejak 10 tahun yang lalu tanpa pengetahuan kerajaan negeri.

Menyentuh mengenai tindakan menarik lesen pemilik resort itu, jawab Razali, kerajaan negeri hanya mengenakan denda atas kesalahan tersebut.

“Resort tersebut mempunyai lesen yang lengkap dan boleh beroperasi seperti biasa, namun kesalahan ini akan dikenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan meneruskan siasatan untuk melihat sama ada terdapat kesalahan yang lain dalam penganjuran parti tersebut. - Getaran, 23 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Parti Aloha: Kerajaan Negeri Panggil Pemilik Resort

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran