web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Parti Aloha: Kerajaan Negeri Panggil Pemilik Resort

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2024 5:10PM

Pada Selasa, tular poster dan gambar wanita berpakaian seksi menghadiri sebuah parti liar dikenali sebagai Aloha Party yang diadakan di Pulau Lang Tengah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan mendengar penjelasan pemilik resort persendirian di Pulau Lang Tengah terlebih dahulu berhubung kontroversi penganjuran parti pada Isnin sebelum tindakan diambil.

Exco Pelancongan Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Razali Idris berkata, pemilik resort tersebut telah bersetuju untuk berjumpa dan memberi penjelasan pada esok.

"Kita akan menyiasat perkara ini terlebih dahulu, jika ada kesalahan dari segi peraturan atau apa-apa akta (baru) kita akan bertindak.

"Sama ada salah dari segi garis panduan hiburan, pelancongan atau kelulusan permit, itu kita akan teliti," katanya memetik laporan portal rasmi kerajaan negeri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kontroversi penganjuran parti itu yang mengundang kritikan orang ramai.

Pada Selasa, tular poster dan gambar wanita berpakaian seksi menghadiri sebuah parti liar dikenali sebagai Aloha Party yang diadakan di pulau berkenaan.

Mengulas lanjut Razali berkata, beliau difahamkan bahawa penganjuran parti itu hanya melibatkan pengunjung bukan Islam.

Beliau turut meminta orang ramai menyalurkan bukti kepada kerajaan negeri sekiranya parti tersebut turut dihadiri orang Islam.

"Jika terbukti ia menyalahi peraturan atau ada orang beragama Islam terlibat dalam parti itu boleh salurkan kepada pejabat agama untuk siasatan lanjut,” katanya. - Getaran, 22 Mei 2024
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

2

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kuala Terengganu: Tiada Calon Import - Ahmad Samsuri

3

Teknovasi 3 tahun yang lalu

Teknologi Kipas Helikopter Dalam Masjid Mampu Jimatkan Kos Bil Elektrik

4

Politik 3 tahun yang lalu

Tak Mahu Layan Kecaman, Calon PAS Kuala Terengganu Pilih Hantar Beras Dulu

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad