Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Teknologi Kipas Helikopter Dalam Masjid Mampu Jimatkan Kos Bil Elektrik

Secara amnya, kipas dinding biasa menggerakkan putaran angin secara terus tetapi bagi teknologi kipas HVLS, ia menghasilkan putaran angin gelora atau dipanggil ‘turbulence’.

Teknovasi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2023 9:00AM

Masjid Kampung Saujana di Setiu, Terangganu - Gambar Oleh Izwan Ramlan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Apabila berbicara mengenai objek bergelar kipas, ia adalah sebuah alat yang mempunyai bilah untuk menggerakkan angin di suatu kawasan bagi memberikan suasana sejuk dan dingin hampir setiap masa digunakan.

Boleh dikatakan keberadaan objek ini ada di mana-mana samada kawasan terbuka mahupun tertutup misalnya di dewan, pejabat, rumah  mahu di dalam khemah.

Namun terdapat sebuah kipas yang bersaiz gergasi digunakan secara komersial iaitu kipas Kelajuan Rendah Volume Tinggi (HVLS).

Penulis berpeluang meluangkan masa untuk meninjau teknologi kipas tersebut yang dibekalkan oleh sebuah syarikat bumiputera bernama Suria Giant Fan Services Sdn Bhd di  beberapa buah masjid  sekitar negeri Terengganu, baru-baru ini.

Buat yang tidak tahu, bilah kipas HVLS ini menggunakan struktur bilah helikopter sebenar dan ia menghasilkan putaran angin yang berbeza dari kipas biasa dan lebih efektif. Anginnya meliputi seluruh kawasan dalam masjid atau surau seperti mana dirasai sendiri  penulis ketika singgah di beberapa masjid antaranya Masjid Kampung Saujana di Setiu, Terengganu.

Secara amnya, kipas dinding biasa menggerakkan putaran angin secara terus tetapi bagi teknologi kipas HVLS, ia menghasilkan putaran angin gelora atau dipanggil turbulence.

Walaupun pusingan bilahnya dilihat perlahan sahaja, namun kehadiran anginnya terasa dari setiap sudut dan penjuru di dalam masjid tersebut.

Sungguh nyaman, selesa dan rasa seperti tiupan angin di tepi pantai. Itulah yang dapat digambarkan penulis semasa menunaikan solat Asar walaupun cuaca di masjid ketika itu agak panas dek kerana sinaran matahari yang sedikit terik.

Benar, mungkin sesetengah masjid atau surau sudah memiliki penghawa dingin yang mana ia lebih sejuk dan dingin namun pernahkah anda terfikir tentang kos bil elektrik yang perlu dibayar?

Masjid Taman Ilmu, Besut, Terangganu - Gambar Oleh Izwan Ramlan
Masjid Taman Ilmu, Besut, Terangganu - Gambar Oleh Izwan Ramlan

Berdasarkan maklumat yang diterima di  salah sebuah masjid di kawasan berdekatan, bil elektrik yang perlu dibayar setiap bulan mencatatkan jumlah yang tinggi ekoran penggunaan penghawa dingin yang banyak. Namun, ia dapat dikurangkan dengan  jimat dengan banyak berikutan pemasangan kipas tersebut.

Petugas Suria Giant Fan sedang membuat pemasngan kipas gergasi HVLS - Gambar oleh Izwan Ramlan
Petugas Suria Giant Fan sedang membuat pemasngan kipas gergasi HVLS - Gambar oleh Izwan Ramlan

Ini disebabkan kipas gergasi ini hanya menggunakan aliran elektrik 1000 watt untuk memutarkannya berbanding penghawa dingin yang pastinya  jauh lebih tinggi kadar elektriknya. Malah, anda juga boleh menetapkan masa tertentu secara automatik untuk ia dihidupkan.

Jadi, memadai untuk menghidupkan beberapa penghawa dingin sahaja bagi memastikan udara sejuk tersebut memenuhi ruang dalam masjid.

Nasruddin M Nasir
Nasruddin M Nasir

Eksekutif Perunding Jualan, Nasruddin M Nasir atau dikenali sebagai Din berkata, faktor utama kipas ini dipasangkan adalah untuk mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik dan menjimatkan bil yang perlu dibayar setiap bulan.

“Kipas-kipas biasa yang ada di dinding atau siling masjid ini secara purata menggunakan aliran elektrik 200 watt seunit dengan lazimnya penggunaannya sekitar 20 buah pasang  kipas (mengikut keluasan bangunan) untuk sebuah masjid.

“Apabila kipas dengan jumlah kuantiti tersebut dihidupkan, ia boleh mencecah 4000 watt kuasa elektrik digunakan. Satu kipas gergasi kami hanya menggunakan 1000 watt, jadi sudah semestinya penjimatan dapat dibuat berbanding menggunakan 20 unit kipas biasa. Malah lebih sejuk nyaman dan gearless (tidak berbunyi),” jelas Din yang pernah bekerja sebagai arkitek.

Masjid As Solihin. Banggol Tok Esah/Telari, Kuala Terengganu - Gambar oleh Izwan Ramlan
Masjid As Solihin. Banggol Tok Esah/Telari, Kuala Terengganu - Gambar oleh Izwan Ramlan

Namun, bagi masjid yang sudah dipasangkan penghawa dingin sepenuhnya, bukanlah bermakna alat itu perlu dibuang jika kipas gergasi ini dipasangkan. Din mencadangkan untuk menginfakkan penghawa dingin yang tidak dipakai di sekolah tahfiz, surau-surau kecil dan seumpamanya yang memerlukan. Jadi, tidaklah penghawa dingin tersebut dibuang begitu sahaja.

Beralih pula kepada kaedah jual beli, Suria Giant Fan mengamalkan rundingan jualan di mana pemasangan kipas sudah boleh dibuat sejurus sahaja 50 peratus pembayar telah dibuat. Malah terdapat sesetengah masjid yang masih boleh dipertimbangkan untuk pasang kipas terlebih dahulu kemudian barulah buat kutipan duit setiap bulan jika pihak masjid benar-benar kekurangan dana.

Penentuan saiz kipas pula dibuat berdasarkan ukuran luas kawasan dalaman masjid untuk melihat saiz bilah  yang sesuai. Suria Giant Fan memiliki kipas bersaiz di antara lapan kaki (lima bilah) sehingga paling besar 24 kaki (enam bilah) dan harganya bermula dari RM13,500 hingga RM22,000 bergantung kepada luas dan unit yang dipasangkan.

Ini termasuklah jaminan selama lima tahun untuk motor enjin dan satu tahun bagi perkhidmatan servis. Apa yang menariknya, kipas jenis ini juga  perlu diservis setahun sekali sahaja.

Bagi yang membuat pembayaran ansuran, setelah pemasangan dibuat, beberapa banner yang mengandungi maklumat tentang kipas tersebut akan disediakan dan digantungkan di beberapa kawasan berdekatan secara percuma.

Ini bagi memperoleh keyakinan orang ramai untuk membuat sumbangan atau kutipan tabung supaya pembayaran ansuran bulanan dapat dibuat sehingga ia habis dibayar.

“Rundingan ini dapat membantu pihak masjid atau surau yang kekurangan dana untuk pasang kipas ini. Jadi, kaedah yang kami bawakan ini dapat meyakinkan orang ramai dan ia ternyata berjaya. Malah pelanggan sendiri percaya dan boleh merasai keselesaan angin kipas tersebut kerana ia telah dipasangkan terlebih dahulu untuk dinikmati,” jelas Din.

Untuk mengetahui maklumat lanjut atau sesiapa yang berminat berkenaan kipas ini, anda boleh layari laman seswang rasminya Suria Giant Fan HVLS Expert atau hubungi terus ke talian 012- 236 1767 (Nasruddin). - Getaran, 4 April 2023

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 minggu yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Tiada Benda Lain Ke Nak Buat Main Tu, Tau Tak Bahaya

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semua Pihak Harus Sokong Titah Sultan Pahang, Jaga Kesucian Masjid - Mufti 

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Insentif RM20,000 Untuk Tandas 5 Bintang Di Masjid, Surau Wilayah Pereekutuan

Sorotan

1

Tuan Rumah China Bertemu Indonesia Pada Final Piala Uber

2

Agong Berkenan Hadir Rumah Terbuka KM Melaka

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 jam yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

oleh Rahayu MN

Refleksi 21 jam yang lalu

5 Cara Takaful Menjamin Masa Depan Kewangan

Jika anda tidak selesa dengan perlindungan insurans konvensional, boleh pertimbangkan takaful untuk dijadikan talian hayat yang diyakini.

oleh Rahayu MN

Jelajah 1 hari yang lalu

Patung Lilin Elon Musk Yang Pertama Di Dunia Berada Di Hong Kong

Ambil swafoto yang sempurna atau berinteraksi dalam perbualan yang dibuat-buat untuk dikongsi ke akaun media sosial masing-masing

oleh Rahayu MN