web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRK Kuala Terengganu: Tiada Calon Import - Ahmad Samsuri

Politik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 2:08PM

PAS akan memuktamadkan calon untuk PRK Kuala Terengganu sedikit masa lagi - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARANG  -- Tiada senarai calon “import” yang akan diketengahkan oleh PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, kata Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata bagaimanapun, perkara itu masih belum dimuktamadkan dan tidak menolak kemungkinan keputusan itu boleh berubah.

"Calon ramai buat masa ini, keputusan akhir kita tengah perhalusi lagi. Nama penyandang ketika ini iaitu Datuk Ahmad Amzad Hashim ada dalam senarai buat masa ini ... sehari dua lagi kita putuskan," katanya selepas hadir ke Majlis Pecah Tanah Kompleks Sekolah Menengah IMTIAZ Yayasan Terengganu di sini hari ini. 

Pada 27 Jun lepas, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas pihak pempetisyen, Datuk Mohd Zubir Embong yang juga calon Barisan Nasional (BN) berjaya membuktikan wujudnya elemen rasuah ketika kempen Ahmad Amzad pada pilihan raya itu.

PAS memutuskan tidak membuat rayuan terhadap keputusan petisyen berkenaan.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan hari pengundian PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dijalankan serentak dengan PRN di enam negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan dan Selangor pada 12 Ogos.

Dalam PRU14, PAS membentuk Kerajaan Negeri Terengganu setelah memenangi 22 kerusi DUN, manakala 10 lagi kerusi dimenangi BN. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Parti Aloha: Kerajaan Negeri Panggil Pemilik Resort

3

Politik 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

4

Politik 2 tahun yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi