web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2024 8:15PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhi hukuman denda RM1,200 ke atas seorang suri rumah yang mengaku membuat laporan polis palsu bahawa dia telah diragut oleh dua individu sehingga menyebabkan kerugian lebih RM700,000.

Majistret Aina Azahra Tun Ariffin memerintahkan Karen Lee Chy Na, 35, dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda.

Lee didakwa memberi maklumat palsu kepada Koperal Muhammad Sharil Zainal Abidin bahawa dia telah diragut oleh kedua-dua individu yang kemudian melarikan diri dengan pasport miliknya dan tiga utas jam tangan bernilai RM779,000.

Mengikut pertuduhan, perbuatan tertuduh telah menyebabkan Inspektor Ahmad Souffi Mohd Shaffei menjalankan kuasa-kuasa menyiasat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter pertanyaan Balai Polis Travers, Brickfields di sini pada 11.20 pagi 10 Jun lepas mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran manakala peguam Simret Singh dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan meminta denda ringan atas alasan anak guamnya hanyalah seorang suri rumah. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Buat Jahat Sama-Sama, Kena Tangkap Sorang-Sorang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad