web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Lumba Haram Tawar Wang, Wanita Sebagai Hadiah Tumpas

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2022 1:30PM

Antara kenderaan yang disita dalam operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis Johor menumpaskan satu sindiket perlumbaan haram yang dipercayai menawarkan wang dan wanita sebagai hadiah kemenangan dalam satu serbuan, awal pagi tadi.

Serbuan yang diadakan di Plaza Tol Skudai di sini, dan bermula jam 2 pagi itu menyaksikan seramai 126 orang ditahan, dengan tiga daripadanya positif dadah hasil ujian saringan air kencing.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi bersepadu yang dijalankan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) itu turut menyita 66 kenderaan.

“Operasi yang dijalankan ini bertujuan mencegah kegiatan perlumbaan ‘drag race’ secara haram pada jarak sepanjang kira-kira 500 meter selepas Plaza Tol Skudai menghala ke selatan.

“Berdasarkan pemerhatian selama sebulan, kita mendapati aktiviti ini kerap diadakan pada hujung minggu bermula jam 1 hingga 4 pagi.

“Tindakan mereka ini berbahaya, bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain  kerana menggunakan kenderaan yang diubahsuai untuk memecut,” katanya ketika sidang media selepas operasi samseng jalanan itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Antara individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai awal pagi tadi.
Antara individu yang ditahan dalam operasi bersepadu di Plaza Tol Skudai awal pagi tadi.

Menurut beliau, pihaknya juga tidak menolak bahawa perlumbaan itu didalangi satu sindiket yang turut menawarkan habuan wang tunai dan wanita kepada pemenang, namun siasatan lanjut akan dijalankan.

“Ketika serbuan dibuat, ada enam kenderaan saling berlumba, manakala yang lain sama ada sedang menunggu giliran ataupun hanya menjadi penonton.

“Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai khususnya anak-anak muda supaya tidak terbabit dengan aktiviti perlumbaan haram, dan juga jangan menjadi penonton kerana itu juga satu kesalahan,” jelasnya.

Sementara itu, Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, Asisten Superitenden (ASP) Mohd Zainuddin Abu Bakar pula memberitahu, mereka yang ditahan terdiri daripada 107 lelaki dan 19 wanita berusia antara 19 hingga 45 tahun.

“Enam individu yang berusia antara 22 hingga 25 tahun itu ditahan atas lima kes di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan satu kes di bawah seksyen 81 APJ 1987.

“Polis turut mengeluarkan sejumlah 55 saman atas pelbagai  kesalahan,” katanya. - Getaran, 13 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

2 Rakyat Tempatan Rugi RM394,000 Diperdaya Sindiket ‘Phone Scam’

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Didakwa Tiada Kehendak Politik Banteras Mat Rempit, Ka Siong Bersuara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Haramkan Penggunaan Motosikal Di Jalan Raya Selepas Jam 9 Malam, Tapi…

4

Semasa 4 tahun yang lalu

4 Maut, 3 Parah Dalam Kemalangan Ketika Lumba Haram

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad