web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


4 Maut, 3 Parah Dalam Kemalangan Ketika Lumba Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 8:34PM

Kemalangan berlaku selepas beberapa penunggang motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain - Gambar awam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Empat maut manakala tiga lagi cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan termasuk kereta di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini awal pagi tadi.

Tiga daripada mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Muhammad Harith Zikri Yusnizar, 17, Ahmad Haikal Naif Ahmad Nazrul, 19, Mohd Syazwan Hakim Mohd Abdul Sani, 22, dan Muhamad Eizreel Muhamad Roszadi, 25.

Beliau berkata mangsa yang cedera parah pula ialah Mohd Haziq Harris, 34, Muhammad Rahimi Shukor, 19, dan Muhammad Shazwan Hafiz Mohd Abdul Sani, 22.

"Pihak polis menerima laporan berhubung  kemalangan itu pada 4.30 pagi dan siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 4 pagi di kawasan lebuh raya berkenaan menghala ke pusat bandar George Town melibatkan beberapa motosikal disyaki terlibat dalam kegiatan lumba haram," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Soffian berkata siasatan juga mendapati kemalangan itu berlaku selepas beberapa penunggang motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan dan merempuh antara satu sama lain.

Beliau berkata dua buah kereta turut dirempuh dari arah belakang oleh kumpulan itu.

"Setakat ini, tujuh mangsa telah dikenal pasti terlibat dalam kemalangan berkenaan. Empat orang disahkan maut iaitu tiga mangsa maut di lokasi kejadian manakala seorang meninggal dunia di HPP ketika menerima rawatan," katanya sambil menambah semua mangsa berasal dari Pulau Pinang dan Kedah.

Soffian juga berkata mangsa yang cedera masih menerima rawatan di HPP.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menasihati orang ramai agar tidak melibatkan diri dalam aktiviti lumba haram kerana bukan sahaja boleh membahayakan nyawa sendiri malah keselamatan pengguna jalan raya yang lain," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad