web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluaran Wang Yayasan Akalbudi RM17.9 Juta Kesalahan Pecah Amanah - Saksi

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2021 4:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa pengeluaran wang RM17.9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  adalah satu kesalahan pecah amanah  kerana tidak mendapat persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain.

Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Fazli Zulkifli, 36, berkata pengeluaran wang tersebut daripada akaun Affin Bank milik Yayasan Akalbudi kepada akaun Maybank Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah yayasan itu adalah atas arahan Ahmad Zahid.

"Hasil siasatan, pengeluaran wang itu adalah satu pecah amanah jenayah terhadap wang berjumlah RM17.9 juta milik Yayasan Akalbudi yang dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pemegang Amanah yang lain dan dipindahkan ke akaun klien Lewis & Co," katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Saksi pendakwaan ke-93 itu berkata demikian pada hari ke-48 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Pada Jumaat lalu, Muhammad Fazli memberitahu mahkamah bahawa terdapat penglibatan Ahmad Zahid dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi berjumlah RM17.9 juta yang digunakan untuk pembelian sijil simpanan tetap RM9.3 juta manakala RM8.6 juta untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd.

Ahmad Sazilee: Berdasarkan siasatan Encik Fazli berkenaan Tetuan Lewis & Co iaitu pemegang wang RM17.9 juta, siapa yang memberi arahan kepada Lewis & Co berkenaan wang tersebut.

Muhammad Fazli: Segala arahan yang Lewis & Co terima adalah daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Lewis & Co tidak akan bertindak tanpa arahan.

Ahmad Sazilee: Boleh kamu sahkan kepada mahkamah, pernah tak mana-mana Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi yang lain memberi apa-apa arahan kepada Lewis & Co, secara spesifiknya kepada B. Muralidharan (rakan kongsi Lewis & Co).

Muhammad Fazli: Saya sahkan tiada.

Mengenai percakapan beramaran oleh Ahmad Zahid kepada SPRM semasa siasatan kes itu berhubung pelaburan dalam syarikat Ri-Yaz Assets, Muhammad Fazli berkata percakapan itu bercanggah dengan keterangan saksi-saksi lain.

"Berdasarkan kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid, dia kata Yayasan Akalbudi yang berminat buat pelaburan (dalam syarikat Ri-Yaz Assets) dalam bidang perhotelan, tetapi keterangan daripada saksi-saksi lain memberitahu bahawa Datuk Nurulhidayah (anak Ahmad Zahid) yang berminat buat pelaburan dan bayaran dibuat oleh Yayasan Akalbudi," kata Muhammad Fazli.

Ahmad Sazilee : Bagaimana pula dengan keterangan Tan Sri Rashid Manaf (pemegang saham syarikat Ri-Yaz Assets).

Muhammad Fazli : Mengikut keterangan Tan Sri Rashid, Datuk Nurulhidayah menyatakan minat untuk melabur dengan Ri-Yaz Assets.

Ditanya Ahmad Sazilee, adakah terdapat dokumen mengenai pelaburan tersebut, Muhammad Fazli menjawab, "Tiada, ia melibatkan dua pihak sahaja, Nurulhidayah dan Tan Sri Rashid. Sepanjang siasatan saya juga tidak menjumpai apa-apa dokumen yang mengatakan Nurulhidayah menjadi pemantau atau proksi dalam Ri-Yaz Assets".

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 minit yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

2

Semasa 32 minit yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

3

Semasa 5 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

4

Semasa 21 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

3

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

4

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad