web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jalan Sekitar Hulu Langat Ditutup 2 Jam Isnin-Khamis

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:58AM

Hulu Langat antara kawasan paling teruk dilanda banjir. - Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Beberapa jalan sekitar daerah Hulu Langat akan ditutup selama dua jam setiap Isnin hingga Khamis bagi memudahkan urusan kerja-kerja pembersihan sampah pasca banjir di Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata penutupan itu, dari 8 hingga 10 pagi, adalah bagi melancarkan proses kutipan sampah oleh KDEB Waste Management Sdn Bhd susulan berlaku kesesakan jalan sehingga menghalang lori syarikat tersebut menjalankan tanggungjawabnya.

“Di peringkat awal, kita ingin melakukan penutupan itu selama dua hari sahaja namun setelah diputuskan kita akan melaksanakannya setiap hari kecuali Jumaat hingga Ahad,” katanya dalam sidang khas berhubung perkembangan banjir di sini semalam.

Beliau berkata kesesakan jalan di daerah itu adalah disebabkan oleh kehadiran sukarelawan yang ramai sehingga menyebabkan operasi kutipan sampah mengambil masa dan pihaknya terpaksa menambah jumlah hari bagi operasi pembersihan.

Katanya setakat ini, sebanyak 13,699.55 tan sampah banjir telah dikutip yang melibatkan implikasi kewangan RM6.03 juta. 

Amirudin berkata pihaknya juga sedang meneliti kemungkinan melaksanakan perkara sama di Padang Jawa dan Taman Sri Muda di daerah Klang namun bergantung kepada kesesuaian serta akan diumum awal sehari bagi memudahkan perancangan penduduk sekitar.

Mengulas isu pendaftaran sukarelawan, beliau berkata langkah itu bagi memudahkan penyelarasan dan keselamatan.

“Saya dimaklumkan ada dua sukarelawan telah meninggal dunia akibat lemas dalam membantu proses (pemindahan mangsa banjir).

“Kita tidak mahu mereka yang datang sebagai sukarelawan untuk menabur bakti akhirnya menjadi mangsa kepada bencana akibat kekurangan penyelarasan dan koordinasi,” katanya sambil menambah kerajaan negeri memerlukan lebih RM368 juta bagi melaksanakan projek pembaikan selepas banjir melanda Selangor.

Beliau berkata bagi kategori darurat seperti keperluan Jabatan Pengairan dan Saliran, Lembaga Urus Air Selangor dan Pejabat Tanah serta Jabatan Kerja Raya adalah lebih RM142 juta, kategori segera lebih RM177 juta dan kadar biasa lebih RM49 juta.

“Sebahagian kos akan ditanggung oleh kerajaan negeri dan sudah pasti senarai (itu) dihantar kepada Kerajaan Persekutuan untuk pelaksanaan pelarasan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad