Berita Terkini

6 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Antara Tugas Dan Empati, Frontliner Tersepit Di Musim Pandemik

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 3:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika orang ramai teruja bertemu ibu bapa di kampung halaman masing-masing, kegembiraan itu harus dilupakan seketika petugas barisan hadapan negara, lantaran majoriti antara mereka masih bergelut dengan tugas memerangi pandemik COVID-19.

Tidak dapat dinafikan, situasi itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kesihatan mental petugas barisan hadapan yang perlu memenuhi tuntutan kerja dan juga keluarga masing-masing.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa, mereka tersepit kerana kedua-duanya sama penting.

Pakar Psikologi  Universiti SEGi, Kota Damansara, Profesor Datin Dr Mariani Md Nor berkata, ahli keluarga harus bersikap empati terhadap golongan ini dalam keadaan genting seperti ini.

Menurut beliau, khidmat kepakaran frontliner masih lagi diperlukan ketika ini walaupun sudah hampir dua tahun negara diancam wabak COVID-19.

“Oleh itu, baik ibu bapa dan adik-beradik perlu memahami keperluan mereka dalam mendepan wabak yang kita sendiri tidak tahu bila akan berakhir.

“Sifat empati, bertolak ansur selain tenang walaupun ada ombak yang akan melanda adalah kata-kata kunci yang perlu ditanam dalam diri semua individu pada zaman pandemik ini,” katanya kepada Getaran.

Pada masa sama, Mariani berkata, majikan juga boleh mengadakan sistem penggiliran waktu bekerja dalam meringankan beban golongan ini.

Profesor Datin Dr Mariani Md Nor
Profesor Datin Dr Mariani Md Nor

“Majikan juga perlu ada empati dalam diri dengan beban tugas anak buah mereka. Mungkin perlu diadakan sistem giliran waktu bekerja bagi memastikan kesihatan mental dan kesejahteraan sosial mereka terjaga,” katanya.

Beliau turut mendedahkan terdapat petugas barisan hadapan yang mendapatkan khidmat sokongan psikologi dan kaunseling disebabkan masalah kesihatan mental yang dihadapi mereka.

“Tidak kurang juga yang berjumpa pakar psikatri, malah buat masa ini ada yang melalui stres berpanjangan.

“Namun mereka mereka sentiasa berhubung dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan masing-masing,” katanya.

Pada masa sama jelas Mariani, tempoh seseorang untuk pulih bergantung kepada masalah kesihatan mental yang dilalui mereka.

“Melalui pengalaman yang dilalui golongan ini, tempoh untuk pulih mengambil masa yang lama, bukan hanya seminggu kerana ada yang mengambil masa berbulan-bulan lamanya.

“Segalanya bergantung kepada jenis dan tahap stres yang dilalui mereka selain sistem sokongan psikososial yang diperlukan, malah keadaan itu boleh pulih dalam tempoh singkat sekiranya bantuan keluarga menjadi elemen pendorong ke arah yang lebih positif,” katanya.

Apa yang penting tambah Mariani, golongan tersebut tidak boleh dibiarkan berseorangan dalam menangani masalah itu kerana ia boleh merumitkan lagi keadaan.

Terdahulu, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) mendedahkan, terdapat petugas kesihatan yang terdesak mengambil bahan terlarang akibat gangguan emosi disebabkan pandemik COVID-19.

Ada di antara mereka turut dikesan memulakan kembali tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil kopi berlebihan untuk mendepani kelesuan melampau atau ‘burnout’ berikutan peningkatan beban tugas.

Mengulas lanjut Mariani berkata, perbuatan seumpama itu perlu dielakkan, walaupun ada yang menganggap ia jalan paling mudah dalam menyelesaikan masalah dihadapi.

“Sebagai individu yang terlibat dalam bidang profesional, mereka sepatutnya ‘sediakan payung sebelum hujan’ dengan memastikan beban kerja dapat diurus dengan baik,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Semasa 4 jam yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Luar Negara 3 jam yang lalu

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

Semasa 4 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im