web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lega Dapat Bersukan, Rakyat Gembira Keputusan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 9:13AM

Ramai menarik nafas lega apabila kerajaan melonggarkan SOP dan membenarkan aktiviti berbasikal dijalankan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aktiviti sukan dan rekreasi sememangnya tidak dibenarkan ketika negara berada di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh sebelum ini.

Atas faktor itu, ramai menarik nafas lega apabila kerajaan melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa Satu dan Fasa Dua, kerana aktiviti seperti berbasikal dan jogging kembali berjalan seperti biasa.

Tinjauan Getaran di sekitar Jade Hills Kajang mendapati, ramai pengunjung aktif menjalankan aktiviti berbasikal di sekitar kawasan perumahan berkenaan.

Pekerja swasta, Zaini Awang, 38, berkata, kelonggaran aktiviti berbasikal itu sedikit sebanyak mengurangkan tekanan mental dan emosi rakyat yang terlalu lama duduk di rumah.

“Saya amat berterima kasih kepada kerajaan dengan kelonggaran yang diberikan untuk berbasikal bagi pelan pemulihan fasa dua ini.

“Berbasikal pada saya bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi juga  banyak membantu emosi kita yang terkesan akibat pandemik ini,” katanya kepada Getaran.

Pendapat sama turut dikongsi seorang guru, Mohd Faizee Azwar Md Ariffin, 39 yang menganggap keputusan tersebut memberi impak besar kepada rakyat terutamanya ke atas pencinta aktiviti sukan, dan menjadikan ia sebagai hobi.

“Aktiviti sukan ini merupakan hobi saya, lebih-lebih lagi bila wira negara Datuk Azizulhasni Awang memenangi pingat perak di Olimpik, semangat untuk saya teruskan sukan berbasikal semakin berkobar-kobar.

“Terima kasih kerana mendengar keluhan rakyat. Berbasikal bukan sahaja membentuk kesihatan yang baik tetapi secara tidak langsung dapat membantu menguatkan imun badan seseorang dan menghalang virus untuk menyerang tubuh kita,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada dua anak, Nurain Johari, 34, turut melahirkan perasaan gembira apabila sudah dibenarkan melakukan aktiviti berbasikal di kawasan perumahan.

“Macam saya ada anak kecil, jadi hari minggu bolehlah keluar sekejap, legalah sedikit sebab boleh ambil angin dan tenangkan emosi.

“Duduk rumah lama-lama dengan hari-hari menghadap PdPR (Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah) anak, kadang-kadang sangat mencabar. Apatah lagi saya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.

“Jadi dengan kelonggaran seperti ini ia sangat membantu emosi. Kalau duduk rumah lama-lama, emosi tidak stabil dan pentingnya menjaga kesihatan mental dan fizikal,” ujarnya dengan nada teruja.

Kerajaan beberapa minggu lalu bersetuju melaksanakan sedikit perubahan, dengan memberikan kelonggaran serta kebenaran kepada negeri di Fasa Satu dan Dua untuk kembali memulakan aktiviti sukan dan rekreasi kepada individu yang telah lengkap vaksin dua dos.

Antara aktiviti lain yang dibenarkan  termasuk joging, senaman, taichi, papan selaju, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (persendirian), badminton (persendirian), golf dan pemotoran. - Getaran, 26 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Nurul Izzah Dapat Basikal Baharu Ke Paris 2024

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

4 Peserta Jual Poskad Perjalanan Epik Untuk Tampung Kos Tunai Haji

4

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar