web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MRM Dedah Perilaku Keji Pendakwah Terkenal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 6:55PM

Firdaus Wong - Gambar dari Twitter Firdaus Wong

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tampil berani dengan pendedahan mengenai gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di platform Telegram.

Tindakan Multiracial Reverted Muslims (MRM) mendedahkan perbuatan keji terbabit adalah bertujuan untuk menanamkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berhubung ancaman pemangsa seksual yang wujud di negara ini.

Menerusi pendedahan itu, MRM turut memaparkan beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan berunsur lucah antara penceramah terbabit dengan seorang wanita.

Pengasas dan Presidennya, Firdaus Wong Wai Hung berkata, tangkap layar tersebut melibatkan beberapa hantaran mesej WhatsApp yang disaksikan sendiri pada telefon pintar mangsa.

Katanya, ia juga adalah antara bukti yang telah diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual itu.

“Perkongsian semua bukti ini adalah atas permintaan mangsa untuk kesedaran, serta mengalakkan lebih ramai mangsa memberanikan diri membuat laporan polis bagi mengelakkan wanita lain pula menjadi mangsa.

“Saya merasa geli membaca tetapi terpaksa berkongsi agar masyarakat sedar bahawa bila kami bercakap tentang isu sexual predators, ia sesuatu yang serius,” katanya menerusi saluran Telegram itu yang memiliki hampir 160,000 pengikut.

Hantaran yang dibuatnya semalam itu, sudah dilihat lebih 200,000 orang dan mendapat hampir 7,000 komen.

Penceramah terkenal itu yang memiliki ramai pengikut di pelbagai platform media sosial, termasuk Facebook dan Instagram kini sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman membabitkan kes gangguan seksual.

Firdaus Wong berkata, MRM Women’s Wing turut menyediakan khidmat bantuan secara percuma kepada mana-mana wanita yang pernah menjadi mangsa sexual predators.

“Yang pernah menjadi mangsa mana-mana sexual predators, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing 010-3735596 dan Insya Allah kami akan membantu anda semampu dengan percuma untuk mendapatkan keadilan,” katanya. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ebit Liew Kirim Gambar Alat Sulit Lelaki Pada 14 Mac 2021 - Pengadu

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Nama Ebit Liew Panas Lagi, Wanita Dibantu Bukan Gelandangan?

4

Kolum 3 tahun yang lalu

Jawatankuasa Kerja Perlu Ditubuhkan, Kaji Isu-Isu Royalti, Badan Pelesenan Dan Reversionary Right 

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad