Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ebit Liew Kirim Gambar Alat Sulit Lelaki Pada 14 Mac 2021 - Pengadu

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Feb 2024 5:49PM

Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew hadir di Mahkamah Majistret Tenom untuk perbicaraan kes gangguan seksual. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TENOM - Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret di sini bahawa Ebit Irawan Ibrahim Liew atau Ebit Lew, kali pertama mengirim gambar alat sulit lelaki kepadanya pada 4.30 petang, 14 Mac 2021 melalui aplikasi Whatsapp.

"Tetapi saya tidak sempat menyimpan tangkap layar (gambar dihantar menerusi aplikasi Whatsapp) kerana Ebit Lew telah memadam gambar tersebut," katanya dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

Wanita berusia 40an itu berkata demikian selaku saksi kesembilan pendakwaan yang juga pengadu kes, pada perbicaraan kes gangguan seksual pendakwah tersebut.

Terdahulu, wanita itu memberitahu mahkamah dalam perbicaraan di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani bahawa beliau telah menghubungi Ebit Lew melalui aplikasi Instagram, bagi meminta nasihat berhubung masalah kekeluargaan pada 4 Mac 2021.

Saksi berkata, melalui aplikasi Instagram itu, Ebit Lew telah meminta nombor telefonnya pada tarikh yang sama dan sejak itu wanita tersebut sentiasa menerima panggilan dari tertuduh antara Mac hingga Jun 2021 melalui aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata, Ebit Lew sekali lagi membuat panggilan video pada 29 Mac 2021 dan memperlihatkan alat sulitnya, dan ketika itu saksi sempat menangkap gambar untuk ditunjukkan kepada suaminya sebagai bukti, kerana suami saksi pada mulanya tidak percaya Ebit Lew berkelakuan seperti itu.

Wanita itu berkata, pada bulan Ramadan antara April dan Mei 2021, tertuduh juga memaksa saksi menjawab panggilan video dan memperlihatkan kemaluannya sehingga wanita itu menyekat nombor telefon Ebit Lew di aplikasi WhatsApp.

"Saya ada blok (sekat panggilan) pada awal April, tetapi Ebit Lew ada membuat panggilan dari Instagram saya, selepas itu saya unblock beliau di WhatsApp, tetapi Ebit Lew tetap (berkelakuan) sama," katanya.

Saksi mendakwa tertuduh juga pernah meminta beliau melakukan perbuatan bertukar pasangan, yang mana saksi dan suaminya bertukar pasangan bersama tertuduh dan isterinya.

Beliau berkata, pada 11 Julai 2021, dia sekali lagi telah menyekat nombor telefon Ebit Lew, apabila tertuduh memaksa pengadu menjawab panggilan video dan menghantar teks di aplikasi Whatsapp, selain memaksa tertuduh menghantar gambar dan memarahi saksi kerana tidak melayan kehendaknya.

Pada 29 Julai 2021, saksi menghubungi Ebit Lew apabila tersebar beberapa gambar mengaitkan tertuduh dengan kes gangguan seksual, yang mana beliau mengakui ada laporan dibuat terhadapnya, sebelum saksi memutuskan untuk membuat laporan polis.

Ebit Lew, 38, berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan bersambung petang ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

Nama Ebit Liew Panas Lagi, Wanita Dibantu Bukan Gelandangan?

2

Semasa 2 tahun yang lalu

MRM Dedah Perilaku Keji Pendakwah Terkenal

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Gema Getaran Ep. 24

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kontroversi Misi Ke Gaza, Ebit Liew Dedah Perkara Sebenar

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 17 jam yang lalu

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

Semasa 7 jam yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

oleh Wartawan The Vibes

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB