web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pawagam Masih Sepi, Peraturan Ketat Menanti Pengunjung

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 12:45PM

Kelihatan keadaan di panggung wayang yang tidak ramai pengunjung.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman pembukaan semula premis hiburan, membabitkan dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV adalah satu kegembiraan buat semua kaki wayang.

Sekian lama ditutup, kebenaran kembali diberikan untuk mereka beroperasi, dan menjadi berita paling ditunggu.

Namun, pembukaan semula pawagam itu disertakan dengan syarat dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Hanya pengunjung yang sudah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing sahaja dibenarkan menonton, dan tertakluk kepada peraturan penjarakan fizikal.

Tinjauan Getaran mendapati, kehadiran pengunjung pawagam di beberapa kompleks beli-belah terkemuka di Kuala Lumpur dilihat tidak begitu ramai.

Mereka juga dilihat begitu setia mematuhi SOP sebaik mula menjejakkan kaki di premis tersebut.

Proses menonton bermula dengan mengimbas MySejahtera di laluan utama, membeli tiket secara layan diri di mesin dan makanan atau minuman sebelum terus pergi ke bilik tayangan.

Sijil digital vaksin pengunjung juga akan diperiksa terlebih dahulu oleh petugas, sebelum dibenarkan memasuki bilik tayangan, dan mereka akan diarahkan pulang sekiranya dos diterima masih belum lengkap.

Pengunjung juga wajib mengenakan pelitup separuh muka sepanjang masa dan hanya boleh dibuka ketika ingin makan atau minum.

Nur Ashikin Hazimi, 27, yang datang bersama suaminya jelas tidak sabar mahu menonton wayang.

Beliau ketika ditemui sedang meninjau senarai filem yang bakal ditayangkan sebelum membuat pilihan hari yang dikehendaki.

“Kami memang menunggu pawagam dibuka, dan hari ini saya datang untuk meninjau waktu tayangan terlebih dahulu.

“Disebabkan pawagam lama ditutup, waktu tayangan yang ada tidak banyak pilihan malah suasana juga begitu lengang,” kata pekerja sektor swasta itu, yang datang bersama suaminya, Asrul Akmal, 27.

Asrul yang juga pekerja sektor swasta berkata, pembukaan semula industri ini merupakan antara cara untuk rakyat menghilangkan tekanan susulan pandemik COVID-19.

“Pandemik ini bukan hanya menyebabkan krisis kesihatan fizikal, malah ramai di luar sana mengalami tekanan mental seperti depresi dan sebagainya.

“Aktiviti menonton wayang bersama keluarga mampu mengurangkan keadaan itu, malah ia turut menjadi kesempatan untuk meluangkan masa bersama insan tersayang,” katanya.

Chelva Letchumanan
Chelva Letchumanan

Usahawan, Chelva Letchumanan, 29, pula berharap, pengusaha menimbangkan kemungkinan untuk menayangkan filem-filem yang distrim di Netflix, khususnya yang bercorak aksi.

“Saya minat filem aksi dan amat berharap, pelbagai filem yang dikeluarkan sebelum pembukaan pawagam ini dapat ditayang semula di skrin besar.

“Pengalaman menonton filem di pawagam dengan skrin besar adalah berbeza dengan televisyen di rumah,” katanya. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Velvet Bawa Penonton Mengimbau Pengalaman Sinematik Retro

3

TARA 2 tahun yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

4

Semasa 3 tahun yang lalu

MRT2 Mula Beroperasi 16 Mac Ini - Anthony Loke

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad