web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

Antara perancangan itu termasuk penempatan semula pawagam ke lokasi lebih strategik

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2024 9:34PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rangkaian pawagan Golden Screen Cinema Sdn Bhd mengumumkan perancangan baharu untuk operasi syarikat hari ini.

Jurucakap syarikat berkata, langkah tersebut adalah sebahagian daripada perancangan mereka untuk meningkatkan pegangan pasaran di lokasi utama.

Menurut beliau, antara lain ia melibatkan pelancaran GSC KL East pada 20 Mei nanti dan usaha menambah baik GSC Central Square Sungai Petani, Kedah menjelang awal Jun.

“Langkah ini membolehkan penempatan semula yang lebih strategik ke GSC Amanjaya Mall, yang terletak sekitar tujuh kilometer dari lokasi.

Komitmen GSC dari aspek inovasi dapat dilihat menerusi lokasi terbaru cawangan pawagam berkenaan di KL East Mall.

Dengan lapan bilik tayangan termasuk IMAX dan PlayPark ketiga di Malaysia, ia merancang mempelbagaikan kategori penonton, khususnya keluarga dan generasi muda yang gemar menonton.

“Di GSC, kami komited untuk menawarkan pengalaman tidak dapat dilupakan kepada pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Mei Lee.

“Dengan menyelami kecanggihan teknologi dan budaya inovasi, kami pastikan kunjungan anda ke pawagam kami menepati selera dan citarasa anda,” katanya. - Getaran, 13 Mei 2024

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 minggu yang lalu

Always Robots Rasmi Beroperasi Di Malaysia, Perkenal Robot Humanoid Berasaskan AI

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

Drama Mini Tamil Dirakam Guna Telefon Pintar, Beri Inspirasi Kepada Pengkarya Baharu

3

Teknovasi 2 bulan yang lalu

Siri HONOR 600 Dengan Teknologi AI Terkini Dilancar, Kamera Utama 200MP

4

Teknovasi 4 bulan yang lalu

Robot Phone & Magic V6 Letakkan HONOR Di Pentas Dunia MWC 2026

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN