web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

Filem produksi tempatan MALBATT: Misi Bakara, hidangan tradisional yang enak, dan promosi eksklusif pawagam menanti anda pada Ogos dan September ini!

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2023 9:03AM

GSC rnenawarkan pelbagai promosi menarik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia - gambar GSC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pempamer pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas (‘GSC’) tampil dengan kempen #Malaysiaku bagi meniup semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia sempena meraikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia akan datang. 

Sepanjang kempen berlangsung, penonton berpeluang menikmati sajian makanan istimewa, promosi pawagam, membeli barangan eksklusif serta menonton filem yang dinanti-nantikan, iaitu MALBATT: Misi Bakara.

Berdasarkan sejarah sebenar Pertempuran Mogadishu di Somalia, MALBATT: Misi Bakara mengisahkan tentang bakti serta pengorbanan wira negara tidak didendang, Batalion Malaysia yang telah berjuang dengan penuh berani hingga berjaya menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam serangan nahas helikopter Black Hawk (Black Hawk Down). 

Filem ini yang menyentuh hati rakyat Malaysia, MALBATT: Misi Bakara adalah filem produksi tempatan pertama ditayangkan di layar IMAX di seluruh negara bermula 18 Ogos, manakala semua format lain filem itu mula ditayangkan pada 24 Ogos di pawagam di seluruh negara. 

Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee berkata, GSC sebagai jenama tempatan mahu menyatukan rakyat Malaysia dari semua lapisan untuk meraikan aktiviti masa lapang, termasuk menonton wayang dan menikmati makanan dengan kempen #Malaysiaku di sepanjang sambutan kemerdekaan.   

Koh Mei Lee - gambar PPB Group Berhad
Koh Mei Lee - gambar PPB Group Berhad

“Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman yang unik kepada semua peminat filem, termasuk tayangan filem produksi tempatan, MALBATT: Misi Bakara yang hadir pada saat yang tepat, serta penawaran barangan eksklusif bertemakan filem sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan mereka di sepanjang tempoh yang paling mencabar,” ujarnya.

Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara! Dapatkan kotak bertih jagung berinspirasikan Jalur Gemilang, yang didatangkan dengan satu bertih jagung saiz biasa, satu minuman, 1 botol air mineral, dan satu beg tote Spritzer edisi terhad dengan harga RM16.50!

Kombo ‘Gemilang’ tempoh terhad ini hanya boleh didapati dari 10 Ogos hingga 17 September, sementara stok masih ada.

Nikmati Makanan Kegemaran Rakyat Malaysia Di Happy Food Co Dan JIN Gastrobar 

Makanan memainkan peranan penting dalam budaya Malaysia, malah ia dapat menyatukan kita tanpa mengira latar belakang. Sebagai jenama tempatan, kedai makanan dan minuman GSC, Happy Food Co. dan JIN Gastrobar menyajikan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh terhad. 

Dari 17 Ogos hingga 30 September, Happy Food Co. akan menampilkan kombo ‘Rasa Sayang’, yang menyajikan kombinasi hidangan enak berinspirasikan mamak dengan murtabak kegemaran ramai serta sos kari untuk rasa yang lebih menyengat. 

Happy Food Co. turut membawa anda mengimbau kenangan lama dengan hidangan susu kocak istimewa yang pasti memuaskan selera rakyat Malaysia iaitu Dinosaur Milkshake, minuman ais kisar yang padat dengan malt dan rasa coklat, dilimpahi pula dengan taburan serbuk coklat mewah bagi memberikan rasa lebih padu. 

Nikmati gabungan rasa tradisional tempatan dengan set menu istimewa yang disediakan dengan kerjasama BOH Tea di JIN Gastrobar, The Gardens Mall KL dan Mid Valley Southkey JB. 

Anda juga berpeluang menikmati Nasi Ulam Sirih Purut yang beraroma atau kambing bersalut herba bercampur teh Rooibos yang dihidangkan dengan kentang russet, lengkap dengan pilihan pencuci mulut, trifle strawberi comel dan minuman yang boleh dipilih dari teh tarik kegemaran ramai atau teh BOH Gunung Chantik, sejenis teh hitam yang mewah dengan rasa.

Tunjukkan Rasa Bangga Menjadi Rakyat Malaysia 

Tiada cara yang lebih baik untuk membuktikan bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia dengan memiliki rangkaian barangan eksklusif bertemakan Hari Merdeka, diinspirasikan oleh elemen ikonik Malaysia. Rangkaian ini boleh didapati di kedai Keepsake sama ada di lokasi fizikal atau dalam talian!

Jadilah seorang wira dengan memiliki botol air MALBATT: Misi Bakara, atau tunjukkan rasa cinta anda kepada negara dengan koleksi tumbler comel Hello Kitty yang dihiasi dengan elemen bertema Malaysia, daripada bunga raya yang cantik hinggalah kepada raja segala buah – durian, nasi lemak yang digemari ramai dan wau tradisional.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen #Malaysiaku, sila ikuti platform media sosial GSC. - Getaran, 3 September 2023

Foto : GSC

Isu Pada

Pesanan Fazley Buat Rakyat Malaysia 9

09 Sep 2023

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

2

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

3

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa