web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Velvet Bawa Penonton Mengimbau Pengalaman Sinematik Retro

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:12AM

gambar FB

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golden Screen Cinemas (GSC) dengan kerjasama Alliance Bank telah memperkenalkan pawagam butik terbaharu Kuala Lumpur iaitu Velvet di Retail Park 163, Mont Kiara.

Velvet dalam kenyataan memaklumkan konsep pawagam diinspirasikan daripada pawagam retro sekitar 60-an akan membawa penonton mengimbau pengalaman sinematik retro, lengkap dengan makanan dan minuman serta gaya hidup.

Tiga dewan dilengkapi dengan 163 tempat duduk, Velvet akan menayangkan filem-filem kegemaran ramai filem arthouse, cult classic, filem asing dan blockbuster Hollywood dalam pelbagai genre termasuk seram, thriller, komedi, aksi dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee berkata, pelancaran Velvet mengulangi komitmen pihaknya untuk membawa konsep menarik ke dalam pasaran, khususnya dalam bidang yang belum diterokai dan berpotensi tinggi.

"Pelancaran Velvet memberikan kami peluang untuk mempamerkan pelbagai kandungan, daripada filem arthouse, cult classic dan blockbuster Hollywood untuk dinikmati pada penonton. Pelancaran Velvet adalah satu lagi kejayaan kepada kami, dengan banyak lagi bakal dilancarkan pada 2024," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Bank Group, Kellee Kam pada majlis pelancaran Velvet. gambar FB
Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Koh Mei Lee dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Bank Group, Kellee Kam pada majlis pelancaran Velvet. gambar FB

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Alliance Bank Group, Kellee Kam berkata, melalui kerjasama ini, pihaknya menyediakan mata ganjaran kepada pemegang kad yang dihargai dengan pelbagai bentuk manfaat dan keistimewaan eksklusif.

"Bersama rakan kongsi kami, GSC, kita akan mencipta pengalaman hiburan yang lancar kepada pelanggan di samping pengalaman menyeronokkan dan dipenuhi kejutan," katanya.

Sempena pembukaan, Velvet akan mengadakan promosi tiket berharga RM140 untuk sepasang (RM70 seorang) pada hari bekerja (Isnin- Khamis) dan RM180 sepasang (RM90 seorang) hujung minggu (Jumaat-Ahad) manakala harga standard RM200 sepasang (RM100 seorang). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

2

TARA 2 tahun yang lalu

Golden Screen Cinemas Tiup Semangat Patriotisme

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Persatuan Pemamer Filem Malaysia Sangkal Dakwaan Cuba Sabotaj Tayangan Filem Anwar: The Untold Story 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Filem Anwar: The Untold Story Buat PM Tersentuh

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa