Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Lemang Perak', Gabungan Unik Pelbagai Rasa Terima Ribuan Tempahan Setiap Tahun

Perniagaan diwarisi sejak tahun 2000 dari keluarganya itu mempunyai ratusan pelanggan setia saban tahun yang mahu merasa keenakan lemang tersebut setiap kali menjelang Aidilfitri selain turut menerima tempahan di luar musim perayaan.

Selera Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Apr 2023 11:13AM

Peniaga, Shamsur Ezam Mohd Afandi menyusun pelbagai variasi lemang yang telah siap dimasak ketika tinjauan Bernama di gerai lemangnya di Klebang Putra semalam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -  Kepelbagaian jenis lemang dijual Shamsur Ezam Mohd Afandi, 38, seperti lemang pulut hitam, lemang jagung dan keunikan ‘lemang Perak’ (campuran lemang pulut hitam dan jagung) menjadikan ‘Lemang Klebang Putra’ antara pilihan penggemar juadah Aidilfitri itu.

Biarpun memasuki Syawal keenam, gerai lemang Shamsur Ezam tidak putus menerima pelanggan yang mahu mengambil lemang ditempah lebih awal sejak Ramadan lagi.

Perniagaan diwarisi sejak tahun 2000 dari keluarganya itu mempunyai ratusan pelanggan setia saban tahun yang mahu merasa keenakan lemang tersebut setiap kali menjelang Aidilfitri selain turut menerima tempahan di luar musim perayaan.

"Saya rasa tiada bahan istimewa pun saya gunakan kerana saya gunakan bahan seperti garam, santan dan beras pulut, sama saja dengan peniaga lain mungkin teknik kawalan api yang membuatkan lemang saya ini masak sepenuhnya. 

"Selain itu sukatan dan kualiti bahan digunakan juga amat dititikberatkan kerana saya amat pentingkan bahan-bahan asli contohnya tidak menggunakan santan kotak bagi memastikan kualiti lemang berada dalam keadaan terbaik," katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Klebang Putra di sini.

Kata Shamsur Ezam, dalam menyediakan lemang, dia tidak sesekali mengambil jalan singkat iaitu merebus terlebih dahulu pulut lemangnya kemudian baru disalai di atas api, sebaliknya ia terus dibakar dengan kawalan api yang betul bagi mengelakkannya garing atau berkerak serta tidak cepat basi.

"Jika nak pastikan lemang tidak berkerak atau garing caranya mudah sahaja iaitu perlu rajin untuk kalihkan lemang, jika api besar setiap lima minit perlu kalih agar tidak garing dan anggaran masa memasak lebih kurang dua jam setengah," katanya. 

Bercerita mengenai lemang Perak, idea untuk mencipta lemang itu timbul ketika terdapat lebihan pulut dari setiap variasi lemang sedia ada iaitu lemang jagung dan pulut hitam bagi menghasilkan lemang Perak. 

Hasilnya, lemang tersebut menjadi antara variasi paling laris malah mendapat perhatian dari kerabat di istana Perak dan selebriti.

"Alhamdulillah lemang Perak sangat digemari oleh Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa sejak tiga tahun lepas dan kita juga ada menerima tempahan dari artis seperti Ibnor Riza, Salleh Yaakob dan beberapa tokoh politik lain. 

Shamsur Ezam yang hanya menerima tempahan pelanggan setianya berkata pada malam raya dia menjual hampir 2,000 batang yang ditempah tiga hari sebelum itu dan terpaksa menolak lebih 1,000 batang tempahan kerana bimbang tidak mampu menyiapkannya.

"Masa mula-mula dahulu kami terima tempahan dua bulan sekali baru lemang dibakar namun apabila tempahan semakin banyak maka berganjak daripada dua bulan kepada sebulan sekali, kemudian dua minggu sekali dan kini seminggu tiga kali," katanya yang turut menjual rendang ayam dan daging malah turut menyediakan khidmat penghantaran terus ke kawasan sekitar dengan kadar caj berpatutan.

Katanya, lemang biasa dijual pada harga RM17, lemang jagung RM18, lemang pulut hitam RM19 dan lemang Perak RM20 di kedainya yang beroperasi tiga kali seminggu mengikut tempahan sepanjang tahun.

Shamsur Ezam turut menyatakan setiap hasil jualan sebatang lemang yang dijual, RM1 akan diinfakkan dan dikumpulkan untuk diberikan kepada pusat tahfiz, pertubuhan anak yatim dan golongan memerlukan.

"Alhamdulillah sepanjang tiga tahun lepas kami berjaya menyumbangkan sekitar RM50, 000 kepada golongan yang memerlukan agar mereka turut mendapat manfaatnya.

"Tidak akan jatuh miskin jika kita menderma dan itulah yang  kami sekeluarga lakukan agar konsep berniaga sambil bersedekah sentiasa mendapat keredaan Ilahi," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 1 tahun yang lalu

Berniaga Sambil Sedekah, Peniaga Apam Balik Kekalkan Harga 50 Sen Selama 25 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sedekah PRU-15: SPRM Sudah Buka Kertas Siasatan - Azam

3

TARA 1 tahun yang lalu

8 Makanan Pengganti Nasi Untuk Yang Cuba Menurunkan Berat Badan

4

Refleksi 2 tahun yang lalu

Amalan Pemberian Duit Raya Eratkan Ikatan Persaudaraan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

oleh Fida Ruzki