web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berniaga Sambil Sedekah, Peniaga Apam Balik Kekalkan Harga 50 Sen Selama 25 Tahun

Pakcik Puzee mahu membantu pelanggan kurang berkemampuan dan masih mampu meraih keuntungan malah percaya dengan kekuatan rezeki.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 8:03AM

Peniaga Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, (kiri) menjual apam balik dengan harga 50 sen sekeping ketika ditemui Bernama di Pantai Remis baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Harga barangan yang semakin meningkat bukan alasan bagi seorang peniaga apam balik meningkatkan harga jualannya, sebaliknya masih mengekalkan harga 50 sen sekeping sejak 25 tahun lepas. 

Mohammad Puzee Mat Ajid, 63, yang berasal dari Kampung Sungai Batu, Pantai Remis berkata dia tidak mahu mengambil keuntungan berganda dan bersyukur dapat beramal sambil berniaga apatah lagi jualan apam baliknya mendapat sambutan baik pelanggan merentasi bangsa.

Apatah lagi dalam situasi ekonomi yang menghimpit kini, dia mahu membantu pelanggan kurang berkemampuan dan masih mampu meraih keuntungan malah percaya dengan kekuatan rezeki.

Senang disapa 'Pakcik Puzee' beliau masih boleh tersenyum kerana dapat membesarkan keenam-enam anaknya hasil menjual apam balik yang diwarisi daripada abangnya. 

Memulakan perniagaan sejak 1997, katanya setiap hari dia akan membancuh 10 kilogram bancuhan tepung yang mampu menghasilkan lebih kurang 1,000 keping apam balik.  

"Saya masih ingat ketika memulakan perniagaan sendiri pada usia 37 tahun selepas mendapat anak keempat, hasil titik peluh menjual apam balik, saya dapat menyara keluarga kami lapan beranak. 

"Ketika itu saya masih bekerja dengan abang saya di Manjung menjual apam balik, kemudian apabila melihat saya susah nak bergerak maka dia berikan saya dapur dan minta saya usahakan sendiri malah menyuruh anaknya membantu saya selama sebulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Warga emas itu berkata pada awalnya dia meletakkan harga 3 keping RM1 kemudian menjadi 5 keping RM2 dan terakhir sekeping 50 sen agar pelanggan berkemampuan untuk membeli. 

"Niat utama saya adalah untuk lebih ramai dapat merasai apam balik saya dan rezeki ni Allah SWT dah tetapkan maka usahlah kita risau malah tak jatuh miskin pun jika kita bersedekah. 

"Pelanggan ni ada bermacam-macam gelagat atau perangai jadi prinsip saya mudah, ada kalanya pelanggan datang bawa pisang, kismis atau kelapa untuk diletakkan dalam apam balik. Saya ikutkan sahaja,” katanya yang sentiasa memenangi hati pelanggan.

Keistimewaan apam balik Pakcik Puzee terletak pada kerangupan dan tekstur kuihnya selain aromanya yang menyelerakan.

"Jika balik ke Pantai Remis saya pasti singgah gerai Pakcik Puzee sebab anak saya amat gemarkan apam balik beliau, rasa sedapnya lain dari yang lain, masih rangup walaupun sudah sejuk,” kata pengunjung setia, Meredayu Naim, 40. 

Bagi Maisarah Zainul Abidin, 33, dia memuji usaha yang dilakukan Pakcik Puzee mengekalkan harga 50 sen sekeping dan perlu menjadi contoh kepada peniaga lain.

"Harganya memang murah sebab rata-rata yang saya tengok peniaga jual pada harga RM1 atau 70 sen dan bagi saya berbaloilah kalau beli banyak,” katanya yang turut memuji peniaga itu yang pandai menjaga hati pelanggan serta peramah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kecoh Depan Masjid Zahir, 2 Lelaki Ditahan Halang Tugas Penguatkuasa 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Had Waktu Operasi Kedai Makan Sepanjang Ramadan - Dr Mohamad

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 16 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN